Sunday, 23 November 2014

Mood sedih......terkenang Farewell untuk aku!

Assalamualaikum...

Sebelum ni asik kau buat farewell untuk orang...
orang datang dan pergi anytime jek.ikut suka hati.
tapi tiba-tiba giliran kau pulak.kau agak apa aku rasa???
sedih!sedih nak tinggalkan kawan-kawan je.yang lain aku tak pikir.
sebab aku rasa takde kepentingan sangat kot! *keji gila kau ni
aku lebih sayang dan rindu kawan-kawan.
rasa macam nak datang kan, lepak ke lunch ke tapi ada aje halangan.
sudahnya tengok gambar dan komen rindulah korang.mihmihmih~

cepat gila rasa masa berjalan.tahu-tahu dah dua bulan!omagad, dua bulan aku tak kerja!
rasa macam sewel sikit duduk rumah ada jugak.bahahah!
tiba-tiba teringat last day bekerja itu yang rajin taip entri ni.
manalah tahu ada ex-opismate aku terbaca *ada ke?
ini kenangan untuk korang semua.aku rindu koranglah.
tempat kerja yang paling lama aku bertahan.dua tahun setengah.
*nampak tak ketidakpandaian aku kejap-kejap tukar kerja.mihmihmih ^.^

12.09.2014 
Hari jumaat tarikh ni.memang saja aku pilih hari jumaat.
hari akhir dalam minggu bekerja.hari tak formal bila tak perlu berpakaian segak bergaya
kira hari bebas dan santai.pakai tshirt company dan seluar jeans.
tudung nak selempang ke belakang saja pon boleh.tak perlu pikir kemas.kekeke
So diorang decide lunch dekat the morning after.baru bukak cafe ni.


  ramai tak.ramai tak?

kecoh masa ni!waiter nak ambik order kene tunggu sebab kitorang syok bergambar
patut ke tak patut neh.kesiannn.mihmihmih
rasa macam artis dah aku.nina belah sini.nina pandang sini tangkap gambar.
eh fofular sangat kau ni.bahahahaha!kiri kanan depan...belakang takde pulok.
happy kot masa ni.masing2 bergambar borak-borak tahu-tahu je masuk opis 2 lebih.
hahaha padan muka!yang tak boleh itu yang selalu orang buatkan :P

aku takde sangat buat kerja haritu.lebih kepada kemas kotak-kotak
filing apa yang patut.buang dan shred yang tak perlu.
hapuskan semua bukti!huahuahuahua :P
kerja aku lebih kepada sembang.sebab tu sengaja pilih hari jumaat.
hari jumaat hari santai!





 chinese paling kanan tu bos HR tapi rilek je kan

tetibe diajaknya aku bergambar.kat opis tak sembang sangat pon.mwahahah!

masa ni sempat lagi makan kuih bulan.tengah musim kan.

Gambar atas ni, lelaki yang paling depan sekali, si Ahmad Suffian.
sama-sama masuk hari pertama kerja dengan aku.sama-sama isi borang masuk kerja.
sama-sama dengar penerangan pasal company dari staff HR.
sama-sama berjalan-jalan dibawa berjalan satu company.haaa kau mampu?
last-last aku jugak yang keluar dulu.mihmihmih~




aku dan hana

aku bahagian AP.dalam tu ada 4 orang.
Hana ni satu team dengan aku.duduk sebelah-sebelah.
nak marah ke meluah perasaan ke gosip ke ngumpat ke dengan dia ahh
tapi kadang-kadang 1 hari tak cakap pon ada gak.sebab dah takde modal!
ada masa sampai aku tanya soalan yang sama pon pernah gaks.kahkahkah!
selalu kalau ngumpat atau luahan perasaan tu pasal supervisor ahh.
so jangan tanya kenapa tak perlu takde gambar supervisor aku dalam ni.
kan aku dah cakap yang takde kepentingan aku taknak pikir.
keji!kahkahkahkahkah.

aku dan hasimah the melanau girl

Sima ni yang paling bising dalam kelas opis ahh.hahahha!jangan marah nanti kene jual.
kalau dia ni cuti ke ape, opis tu boleh jadi senyap.dah macam dalam exam hall.puittt
kau bayangkanlah bising ke tak dia ni :P
dia rajin sembang.dia orang 1st yang ajak aku lunch sama masa awal-awal.
dah kata dia ni bising dan propa kann...biasa-biasa.hahaha!
ouhhh dan dia masuk sama bulan dengan aku dan suffian.beza kami adalah hari.
dia masuk 1feb.kami masuk 8feb.so memang terasa ahh sedih tu.
hari last tu pon doklah dia ulang hari kitorang masuk.
siap supervisor aku jeling-jeling lagi...

 Sima, Aku, Salina dan Hana

Masa awal-awal dulu kan, kitorang berempat jek bersama.
dulu melayu tak ramai.boleh dikira dengan sepuluh jari tangan ni.
kalau lunch balik-balik kitorang empat orang lah.
makan kat mana kau tahu..makcik nasi ayam warung kat flat seberang jalan.
itulah hari-hari.
itupun sebab murah + sedap!kalau tak kembang jugak ahh tekak aku nak telan hari-hari
lama-lama sorang dua masuk....boleh dikatakan staff adalah keluar masuk ye.
bulan aku berhenti je dua orang keluar.itu belum kira bulan sebelum pon dua orang gaks.
taktahu ape pesen company ni staff suka bertukar-tukar.
kau rasa macam mana?teheeeee....best ke idok??? :P






Lambat aku balik haritu sebab sembang-sembang dengan diorang ni.biasalah kan
bila lagi dapat jumpa tak tahu ke tak jumpa dah?mihmihmih
pukul 8lebih malam sampai rumah.dengan berbondong-bondong barang beg aku bawak.
dengan naik bas dan trennya balik. dah rasa macam peniaga jalanan dah.
lepastu tak larat dah aku suruh MII ambik dekat stesen LRT.
tak mampu aku nak menapak ke rumah walaupun tak jauh.lagipun gelap bahaya!
cehhh dasar.....memang sungguh pandai mencipta alasan! :P

Sedih sekali lagi aku berhenti kerja!huwarggghhhhh
tinggalkan kawan-kawan.tapi taknaklah rasa menyesal.
keputusan sebulat suara nekad okay, tiada paksaan.ini pilihan aku
usah ditanya lagi mengapa, kenapa, bagaimana, apakah.runsing aku nak jawab!
aku tinggalkan kenangan di AA nan merah disini.noktah. *banyaknoktahnya
tapi aku tetap ingat korang ouhh.tak lupa pon.laman sosial kan masih ado.
itulah hebatnya zamna sekarang kan...dah berpisah pon still boleh stalker
kahkahkahkah!
ouhh ye nak ajak lepaks pon aku boleh on ajer.in sha Allah plan betol-betol
boleh jumpa sembang-sembang makan-makan gelak ketawa bersama.


Love,
NSA


**kenangan indah itu untuk dikenang, yang pahit itu buang jauh-jauh.okbai!**






 

 


No comments:

Post a Comment