Last week memang betul-betul minggu bowling sesaje.
Plan asal sabtuday nak pegi buat mykid NI dekat mini UTC keramat mall
tapi staff kat situ bagitao buat kat situ 3 bulan baru siap, heh noob gilerr
tak memasal ahh aku nak tunggu 3 bulan, mykid jek kot
buat kat Jalan Duta sejam buleh siap, tapi kene gigihla pulak kesana
so aku decide mari kita buat kat Jalan Duta saja.
eh tak payahlah nak tunggu sampai 3 bulan.
budak muka sembap baru bangun tido.
Mohle balik mengemas rumah bagaikan kapal karam...
pastu MII nak ajak pegi Setia City Mall jumpa BFF dia.Raja & Arep.
nak main bowling katanya, pastu nak makan kat Seoul Garden.aku pun ikut sajalah
Habis jek mengemas, terus rushing siap-siap makan sikit pastu terus keluar.
Pukul 3 keluar, jalan jem sikit sampai sana pukul 4.tapi memang janji pukul 4 pon.
alaaaaa saja jek kawan MII datang awal.excited sangattttt~
hebat sangat ni :P
masa ni baru bangun tidur
dapat kaki, mari beraksi!
Sementara dorang main bowling, NI pon main gak.tapi dia main cara dialaa.
dia dok pusing-pusing tempat boling tuh...jalan sana sini.yelaaa baru dapat kaki
hewhewhewhew -.-'
contoh macam gmbr kat bawah ni ada pulak meja makan dekat situ
dapat kerusi dokla main tolak tolak.aku biarkan je.
ramai sangat yang tengok dah macam anak terbiar pulok, baru aku ambik ngahaha :P
letih woooo nak kejarkan dia tapi tak baik mengeluh, astagfirullahalazhim :D
inilah koje dia
tak larat mak kau nak kejar, haa dok situ dendiam
Habis dorang berboling boleh pulak si Raja ajak masuk karok, sebelah jer
adehhhhh taknak aku.sat lagi kena nyanyi, malu aku!
suara dahla sedap sangat bak buluh perindu huahuahua :P **penipuan yg sgt dahsyat**
Kitorang terus Seoul Garden, dah jenjalan dalam tempat aircond ni perut cepat lapar
padahal kat rumah dah melantak dulu dah, biasa-biasa :D
Kami ber5 dewasa
mereka ber2 bayi, teheee~
Ouhhh kawan MII sorang lagi tu yang pakai cap tu Arep,
dia tuu single & available lagi rasanya, kecik molek jek orang dia, hehehe~
macam agensi cari jodoh sangattttttt -.-
perut tu memang tak boleh sorok dah :P
errr emmm ni je ke makan??rugi2 --.--
Ceritanya aku tak berapa suka makan dekat Seoul Garden,
sebab jenis aku makan bukan sekali banyak.makan sikit-sikit pastu slow
aku ni cepat kenyang pastu kena rileks dulu, nak nak pulak sekarang ada anak
makan bukan boleh kau nak feeling-feeling sensorang, nak kena tengok dia gak
pastu nak kena ikut sekali dia makan, suap dia.So macam mana mau feel???
pada aku sangat rugi kalau pegi makan sini.sudah cukup sudah kali ini saja
no more next time.....rugiiiiiiiii bayar dahla mah-hallll
Itu cerita hari Sabtu, moh kita tengok cerita Ahad pulak
dah kata minggu berboling, memang ni jekla hadapnyaaa
tapi hari Ahad kitorang pegi Sunway Pyramid pulak, biasalah hari minggu
sunway ni kalau tak ramai memang pelik....
baru sampai..dalam lif pon jadi :P
MII main dengan officemate dia.konon-konon nak tengok sapa paling terer.
sapa menang dia dapat satu tiket wayang.MII biasalah konpiden buleh menang kan
sebab dia rasa dia terer sangattt kahkahkah!
Ceritanya sekarang tak menang pon...kekeke tulahhh tulahhhh eksyen lagi
menang tipis jek....kenalah share beli tiket wayang untuk champion
dorang ni kira pandailah main boling.kalau dapat aku tak tahulah bola kemana :P
Setel dorang main boling, officemate MII nak main ice skate
kitorang memang tak join ahh, dengan bawak NI lagi, kesian dia
takkan nak tengok jek, so kitorang pegi jalan-jalan jela dalam sunway tu
dapatlah tangkap gambar kat dekorasi krismas ni
kalau ada apa-apa festival kat mana-mana shopping mall mesti ada dekorasi camni
cantik dengan tak je ye dakkk :D
Pastu agak-agak diorang habis ice skating, terus kitorang gerak pegi ayam penyet
hari orang dapat gaji, memang ramailahh...termasuklah dorang semua ni
makan nak sedap jek tapi bagi aku tak puasssss
portion sikit sangat, manakan cukup untuk ibu menyusu macam aku ni haaa
sedap dah sedap dahhh tapi sikittttt, tak puas tak puas --.--
wefie weee~~
So kesimpulannya, aku memang kurang berminat nak makan dekat dua tempat
aku cerita tadi, Seoul Garden dan Ayam Penyet.
Lain kali keluar jenjalan makan dekat tempat yang memenuhi bajet dan berbaloi
setakat makan macam ni, adehhhhh rasa macam ada yang tak cukup
ate cemana, aku ni bukan orang kaya....kuyup adalah
jenis aku ni gerai-gerai warung-warung jelahhh, yang sedap dan murah
yang puas makan, nak order lagi nak order lagi...sebab murahhh
tempat-tempat macam ni sebulan sekali dahlah cukuplahh
kena belajar berjimat, duit sekarang macam air paip yang kita selalu bukak lupa tutup tu :P
ni aku nak belanja 1 gambar aku yang bajet model cekelat ni :P
Ummi yang cerewet,
NSA
**kalau orang dah ajak takkan nak tolak ye dak, waima hotel sekalipun kuikuikui**























No comments:
Post a Comment