Wednesday 26 November 2014

Parcel dah sampai!

Assalamualaikum....

Parcel baru sampai dari blogger sepet.lama tunggu niii
Excited rasa....runsing pon ada nak start jual.huahuahua~
macam mana penerimaan orang untuk produk baru ni.
huuuuuuuu nebes nebes....

the parcel

Aku takde pengalaman meniaga direct ke indirect ke online ke whateverlaa kan.
ini pertama kali.wohooooo!
nampak tak excited sangatttt :D
pastu setakat nak jual-jual preloved item jelaa.
itupun takdelah banyak...boleh dikira kottt

Kali ni aku nak cabar diri sendiri untuk buat
susah ke senang ke belakang cerita
kalau tak cuba manalah nak tahu kan
risau, takut, nebes, takde idea semua ada ahh...dah macam terbayang-bayang
berpusing-pusing atas kepala ni...tapi kenalah abaikan saja
kena gigih!dah kata tak kerja kan sekarang...
eh kenalah cuba jugak!
apa orang punya pandangan ke apa orang nak cakp ke biarkan saja berlalu
haaaaa gitu kau katanyaaa....macam hebat sngat jek kan
kahkahkahkah!
okelah tu jek bai!


Blogger picisan hancusss,
NSA


**berilah support padaku kerna aku adalah aku.eh tetibe!**



Sunday 23 November 2014

Mood sedih......terkenang Farewell untuk aku!

Assalamualaikum...

Sebelum ni asik kau buat farewell untuk orang...
orang datang dan pergi anytime jek.ikut suka hati.
tapi tiba-tiba giliran kau pulak.kau agak apa aku rasa???
sedih!sedih nak tinggalkan kawan-kawan je.yang lain aku tak pikir.
sebab aku rasa takde kepentingan sangat kot! *keji gila kau ni
aku lebih sayang dan rindu kawan-kawan.
rasa macam nak datang kan, lepak ke lunch ke tapi ada aje halangan.
sudahnya tengok gambar dan komen rindulah korang.mihmihmih~

cepat gila rasa masa berjalan.tahu-tahu dah dua bulan!omagad, dua bulan aku tak kerja!
rasa macam sewel sikit duduk rumah ada jugak.bahahah!
tiba-tiba teringat last day bekerja itu yang rajin taip entri ni.
manalah tahu ada ex-opismate aku terbaca *ada ke?
ini kenangan untuk korang semua.aku rindu koranglah.
tempat kerja yang paling lama aku bertahan.dua tahun setengah.
*nampak tak ketidakpandaian aku kejap-kejap tukar kerja.mihmihmih ^.^

12.09.2014 
Hari jumaat tarikh ni.memang saja aku pilih hari jumaat.
hari akhir dalam minggu bekerja.hari tak formal bila tak perlu berpakaian segak bergaya
kira hari bebas dan santai.pakai tshirt company dan seluar jeans.
tudung nak selempang ke belakang saja pon boleh.tak perlu pikir kemas.kekeke
So diorang decide lunch dekat the morning after.baru bukak cafe ni.


  ramai tak.ramai tak?

kecoh masa ni!waiter nak ambik order kene tunggu sebab kitorang syok bergambar
patut ke tak patut neh.kesiannn.mihmihmih
rasa macam artis dah aku.nina belah sini.nina pandang sini tangkap gambar.
eh fofular sangat kau ni.bahahahaha!kiri kanan depan...belakang takde pulok.
happy kot masa ni.masing2 bergambar borak-borak tahu-tahu je masuk opis 2 lebih.
hahaha padan muka!yang tak boleh itu yang selalu orang buatkan :P

aku takde sangat buat kerja haritu.lebih kepada kemas kotak-kotak
filing apa yang patut.buang dan shred yang tak perlu.
hapuskan semua bukti!huahuahuahua :P
kerja aku lebih kepada sembang.sebab tu sengaja pilih hari jumaat.
hari jumaat hari santai!





 chinese paling kanan tu bos HR tapi rilek je kan

tetibe diajaknya aku bergambar.kat opis tak sembang sangat pon.mwahahah!

masa ni sempat lagi makan kuih bulan.tengah musim kan.

Gambar atas ni, lelaki yang paling depan sekali, si Ahmad Suffian.
sama-sama masuk hari pertama kerja dengan aku.sama-sama isi borang masuk kerja.
sama-sama dengar penerangan pasal company dari staff HR.
sama-sama berjalan-jalan dibawa berjalan satu company.haaa kau mampu?
last-last aku jugak yang keluar dulu.mihmihmih~




aku dan hana

aku bahagian AP.dalam tu ada 4 orang.
Hana ni satu team dengan aku.duduk sebelah-sebelah.
nak marah ke meluah perasaan ke gosip ke ngumpat ke dengan dia ahh
tapi kadang-kadang 1 hari tak cakap pon ada gak.sebab dah takde modal!
ada masa sampai aku tanya soalan yang sama pon pernah gaks.kahkahkah!
selalu kalau ngumpat atau luahan perasaan tu pasal supervisor ahh.
so jangan tanya kenapa tak perlu takde gambar supervisor aku dalam ni.
kan aku dah cakap yang takde kepentingan aku taknak pikir.
keji!kahkahkahkahkah.

aku dan hasimah the melanau girl

Sima ni yang paling bising dalam kelas opis ahh.hahahha!jangan marah nanti kene jual.
kalau dia ni cuti ke ape, opis tu boleh jadi senyap.dah macam dalam exam hall.puittt
kau bayangkanlah bising ke tak dia ni :P
dia rajin sembang.dia orang 1st yang ajak aku lunch sama masa awal-awal.
dah kata dia ni bising dan propa kann...biasa-biasa.hahaha!
ouhhh dan dia masuk sama bulan dengan aku dan suffian.beza kami adalah hari.
dia masuk 1feb.kami masuk 8feb.so memang terasa ahh sedih tu.
hari last tu pon doklah dia ulang hari kitorang masuk.
siap supervisor aku jeling-jeling lagi...

 Sima, Aku, Salina dan Hana

Masa awal-awal dulu kan, kitorang berempat jek bersama.
dulu melayu tak ramai.boleh dikira dengan sepuluh jari tangan ni.
kalau lunch balik-balik kitorang empat orang lah.
makan kat mana kau tahu..makcik nasi ayam warung kat flat seberang jalan.
itulah hari-hari.
itupun sebab murah + sedap!kalau tak kembang jugak ahh tekak aku nak telan hari-hari
lama-lama sorang dua masuk....boleh dikatakan staff adalah keluar masuk ye.
bulan aku berhenti je dua orang keluar.itu belum kira bulan sebelum pon dua orang gaks.
taktahu ape pesen company ni staff suka bertukar-tukar.
kau rasa macam mana?teheeeee....best ke idok??? :P






Lambat aku balik haritu sebab sembang-sembang dengan diorang ni.biasalah kan
bila lagi dapat jumpa tak tahu ke tak jumpa dah?mihmihmih
pukul 8lebih malam sampai rumah.dengan berbondong-bondong barang beg aku bawak.
dengan naik bas dan trennya balik. dah rasa macam peniaga jalanan dah.
lepastu tak larat dah aku suruh MII ambik dekat stesen LRT.
tak mampu aku nak menapak ke rumah walaupun tak jauh.lagipun gelap bahaya!
cehhh dasar.....memang sungguh pandai mencipta alasan! :P

Sedih sekali lagi aku berhenti kerja!huwarggghhhhh
tinggalkan kawan-kawan.tapi taknaklah rasa menyesal.
keputusan sebulat suara nekad okay, tiada paksaan.ini pilihan aku
usah ditanya lagi mengapa, kenapa, bagaimana, apakah.runsing aku nak jawab!
aku tinggalkan kenangan di AA nan merah disini.noktah. *banyaknoktahnya
tapi aku tetap ingat korang ouhh.tak lupa pon.laman sosial kan masih ado.
itulah hebatnya zamna sekarang kan...dah berpisah pon still boleh stalker
kahkahkahkah!
ouhh ye nak ajak lepaks pon aku boleh on ajer.in sha Allah plan betol-betol
boleh jumpa sembang-sembang makan-makan gelak ketawa bersama.


Love,
NSA


**kenangan indah itu untuk dikenang, yang pahit itu buang jauh-jauh.okbai!**






 

 


Saturday 22 November 2014

Adik aku yang masak ler....aku tengok saja!

Assalamualaikum....

Kan aku dah cakap kalau budak perempuan ni ada memang kerja dia nak buat itu
nak masak ini eh nak rasalah macam mana eh sedapnya ek!
haaaa macam tulah gayanya bila cuti semester tak kerja
selalu kalau cuti panjang confirm dia akan kerja. #mataduitan
tapi sebab kali ini dia dapat ikut pergi holiday ke Bali so dia decide tak kerjalah kan.
#untunglahbudakbudaksekarang #kautelanairliurjela

Kali ni dia nak buat shepherd pie pulak.ikut resepi jamie oliver katanya
tapi asal takde rupa macam jamie oliver punya masakan eh???bahahahah!
Kerja aku sangatlah senang, kacang jek kot!
kupas kentang pastu rebus bagi empuk.see pandai tak aku ngelat?
macam yang aku cakap kadang-kadang pandai masak tak perlu
tunjuk sangat kat orang.huahuahua~ 
so blog aku ni akan cerita pasal masakan orang lain saja.buat masa ini.

Actually, shepherd's pie ni takdelah hape sangat bahannya.
bahan utama kentang dan daging hancur. tapi nak buat agak ambik masa jugak
masak daging jek dekat 2jam baru nak siap.pastu nak kena bakar lagi.
yela nama pun tengoklah cemana kan....tapikan
shepherd tu maksud dia macam pengembala kambing biri-biri...nape ek ambik nama tu
eh kau ni siap google maksud pulak!dah kenapa kau. #inientrimasakanbukanentriresearcher


 rebus kentang

 dah siap lenyek-lenyek

siapkan mash potato

sediakan bahan-bahan untuk daging

masakkan daging

eh tahu-tahu dah siap.haha!

takda kan rupa macam jamie oliver punya.tak sama pon!
tipu ahh macam ni.ke tak pandai masak.bahaha!
takpe 1st trial biasalah kan.atleast ada ahh rasa.macam tuan blog ni tahu komen saja.
#tagline #kadangkadangpandaimasaktakperlutunjuksangat
kahkahkah!tapi aku sukalah rasa lembik-lembik macam tu.
baru siap masak malam.pagi esok tinggal separuh.heh?tak puas!
nak masak malas *bukan tak pandai ye* nak suruh dia buat lagi kene aku kang
teheeeee baik diam!
 
 
Love,
NSA
 
 
**zaman sekarang masak-masak ke makan-makan ke upload terus ke laman sosial** 


Thursday 20 November 2014

Pembaharuan yang mengujakan!

Assalamualaikum...

Dulu pesen aku kalau pakai hp memang jarang ahh tukar-tukar.
unless kalau hp aku rosak atau tak cukup memory ke baru aku akan beli baru.

Aku ingat lagi pestime aku pakai hp masa tu dapat masuk universiti.
zaman dulu style mak ayah aku kalau dapat masuk belajar mana-mana
baru dapat pakai hp.huhuhuhu sadiss tak agak-agak
bukan macam bebudak sekarang....champion!
contoh macam adik bongsu aku baru darjah 6 dah dapat hp touch skrin!huh~
itupun dulu aku bukan dapat hp baru tahu, tapi hp ayah aku sendiri
kira second hand lah, so ayah aku pakailah hp baru.

 *image sumber dari google*

Inilah hpnya...hp sebenar tak ingat dah letak mana.haha!masa dapat ni pon 
dah syokkk sangat rasa.dapatlah message2 calling2 :)
tapi tak dapat lama aku pakai sebab tiba-tiba hp ni asik rosak jek.tensi jek!
so aku just bagitao kat parents aku hp dah rosak2 jek
tapi xdelah nak mengharap sangat yang best...konon!dalam hati kau...
tiba-tiba masa aku tahun akhir diploma parents aku nak belikan hp baru untuk aku
masa tuuu Allah seronoknya sangat2, sebab yelah kali ni memang betol-betol barukan
bukan second hand ke hape...so macam agak excited jugaklah sikit!


*image sumber dari google*

yang ini pon sama tak ingat mana letak tapi rasa masih ada dalam simpanan
sebab aku tak pernah jual mana-mana hp milik aku.
inilah hp baru yang aku dapat.first time dapat pakai hp baru
bangga kottt.kahkahkah!walaupun takdelah canggih manakan tapi tetap Alahmdulillah :)
Actually, hp ni masih elok tak rosak pon.walaupun dah banyak kali jatuh
tapi body dia kuat.tak pernah pecah.banyak jasa ni.
tapi disebabkan zaman dah berubah.macam-macam jenis hp keluar.
mulalah hati ni tergedik-gedik sakan nak memiliki hp yang lebih canggih sikit
konon macam boleh online pastu ada memory card ke apelah.eh memacamlah


my very first hp beli sendirik!

aku pun menggatalkan diri pegi beli hp sendiri.yesss beli sendiri tu.
masa tu aku kan praktikal 6bulan so ada dapat elaun, tapi takdelah banyak mana
tapi masa tu pun xdelah nak berbelanja sakan.kumpul sikit-sikit dapatlah beli hp baru
hahah!bangga sangat rasa masa tu.yelahh duit sendiri uollss :P
walaupun tak canggih macam kawan-kawan aku yang lain
tapi aku pedulik hape kan yang penting aku dapat beli hp baru!
tapi sedih sangat aku dapat pakai setahun jek lepas tu tiba-tiba rosak
taktaolah mana silapnya, masuk air aku rasa  *masa tu aku mrmang ade tertumpahkan air dengan tidak sengaja* tapi betul-betul tak sangka akan rosak terus tak boleh on!
masa tuu geram gaklah terpaksalah aku pakai semula motorola aku tu.haha!
agak lama jugaklah aku pakai hp lama hwahwahwa
dalam kepala dah berangan-angan nak beli hp baru....ada hati kau kiahhh
tengah pulak masa tu blackberry tgh "in" adoiiiii teringinnnn sangat
nak pulak masa tu MII dapat hadiah dari bos dia...Bb tao!gila tak jeles
datang pulak adik aku pun beli gak Bb...hwarghhhhh geram sangat niiii
mulalah kumpul-kumpul duit sikit....jeng jeng jeng~


 my second hp beli sendiri

yesss!dapat jugak saing-saing dorang pakai Bb...barulah boleh geng.konon!
padahal bila dah pakai lorhh biasa jek...macam  ni je ke
itulah dia manusia yang tak reti bersyukur.kahkahkah!
dulu kemainnn kau ye...tak sabar sangat dah nak belinya, yang buat bestnya sebab:
boleh BBM....masa tu kann tengah "in" sangat
pesen-pesen orang mintak no bbm...cehhhh!tapi tak kemananya-lah eh
biasa-biasa saja pada aku...lepastu penggunaanya masih sama macam hp biasa
message call message call message call...teheeee :P
haaa Bb ni pun banyak kali jatuh ouhhh...tapi Alhamdulillah tak pernah pecah apalagi rosak
kuat jugaklah struktur body dia tuh...nak pulak dapat kat anak aku
memang dia buat main bola sepak bola baling katanyaaaaaa...
even sekarang pon kalau aku nak guna masih boleh lagi, cuma kena tukar body luar
sebab anak aku buat gigit-gigit, dia ingat teether agaknya *padahal aku dah beli molek punya teether, itu jugak yang kau nak gigit nak*
dah bodynya pon lembut macam baldu...jenis getah yang lembut
tahu-tahu dah terkopek-kopek belakang body tuh, mulut anak aku pon hitam-hitam dek getah tu
aaaaaaaaa ada harapan tak nak dapat hp baru  lagi???
mulalah kepala tu cari idea nak ngendeng dengan laki aku
manalah tahu dapat pulakkk.kahkahkah!
antara alasan-alasannya.  
Aku: cuba hubby tengok Bb ni skrin dahla kecik.pastu bila nak scroll kene sikit2.
kalau touch skrin rilek jek baca panjang-panjang sebab skrin besar. 
pastu camana nak screen shot ek?pastu dahla asik hang jek bila nak save gambar.
nape ek?nape ek?banyak sangat dapat gambar tapi tak boleh save 
asik hang jek wassap ni.eh rasa nak left group ahh!

haaaa tuddiaaaaa...kau mampu????kahkahkahkah~
pengsan woiii dapat bini cam gini kannnn
dah tu kalau otak ni tidak mengeluarkan idea begitu tidak dapatlah aku hp baru
strategi kena baik-baik....pastu buat-buat merajuk
heeeeee keji sangat kau ni.bahahahah!

Diam-diam rupanya apa yang diimpikan hampir tercapai
wargghhhhhh terharu sangatttttt....


tadaaaaa~

Walaupun bukan samsung note 4 atau iphone 6 yang tgh trending sangat sekarang ni
tapi bersyukur sangatttt rasa...dapat jugak merasa pakai touch skrin wehhhh touch skrin!
mana aku mampu nak beli dengan tak kojenyaa ahhhhh tido dalam senyuman wehh
hari selasa tu MII siap wassap aku balik lambat tak payah tunggu dia
aku pun macam hmm xpelah nak lepak-lepak kott
tapi masa tu dapatlah wassap dari dia, dia tanya kalau beli kfc oke tak
ke nak beli benda lain???aku pun macam eh takkan nak mintak tgi friday pulakkan
aku pun pahamlah tengah bulan.mihmihmihmih~
MII balik saja dengan bawak kfc tapi aku tak nampak sebab leka tengok tv

so setel makan kfc dalam bilik.kami berwassap okeh.kau mampu???mihmihmih
MII: bagi hubby ipad.nak guna. Aku:eh mana boleh sayang nak online ahh.
hubby gunalah hp yang canggih itu. *eksen sangat kau ni* 
MII:sayang gunalah hp online.bagi hubby ipad. 
Aku: manaada hp nak online.hp sayang tak canggih!
MII: adaaa...pegi tengok dalam almari yang ada sikat rongak!
Aku: woiii mana pulak sikat tu rongak.elok lagilah.hahah!

tapi aku tetap pegi tengoklah kann...kotlah ada sesuatu yang best
wahhh wahhh wahhhh memang best ahhh citanyaaa
memang impian aku telah direalisasikan....happy berganda-ganda! :D
aku bertukar hp kembali...hp touch skrin!whoaahhhhh
memang tak sehebat hp uollsss tapi tetap bangga dapat pakai touch skrin
berkali-kali aku cakap terima kasih kat MII...sampai ke esoknya..
mungkin jugak sampai ke seminggu lamanya...kahkahkah!mana tahukan?
rasa nak lompat bintang sangat!barulah canggih katanyaaa

kalau hubby terbaca entri ni...terima kasih sangat-sangat sebab bagi
hp yang canggih ni
kalau ikut sayang tak tahulah bila nak belinya.
terima kasih tao!i lap u lah darling!


teheeee~


Isteri yang terlalu happy,
NSA



**nak mintak pegi korea sah-sah tak dapatkan?kahkah**


Wednesday 19 November 2014

Gediks sangat rasa...

Assalamualaikum....


Walau baru kahwin, yelaa citanya baru nak masuk dua tahun
kira baru lagikann hahah!
tapi bila dah lama tak berdua rasa janggal jek nak gambar polok-polok, mesra-mesra
kalau dulu kemainnnn kau ye....gatal sangat!

 taknak lepas rasa :P

pre-honeymoon


 show off sangat

tengoklah kemain manja sangatttt...baru kahwinlah pulakkan memang gedik lebih!

Kalau sekarang kalau takde yang start mesra memang kau tangkap gambar passport jelah citanya....benci rasanya tengok!ahhahahaa~
yelah!MII pon selalu tegur aku....padahal bukannya veteran nak malu-malu shangat.
kahkahkah! :P
lagi-lagi kalau ada orang tengok-tengok...ahhhh malu sangat ahhh
rasa nak sorok muka bawah meja haaaa kau mampu??


 diri tegak jek kann aku.haha

samalah ni pon.hihi

 Malu ahh kalau orang tengok tapi nak suruh orang yang tangkap gambar
acaner tuhhh.hihihi :)
kalau bab gambar gedik bagi...muka elok pon jadi senget!
contoh kalau bergambar ala-ala posing model ke remaja ke takpe.
lagi ramai yang join lagi champion! :D

 




sukalah kalau ada photo booth camni.tapi malu pulak!cane...


Love,
NSA


**boleh ajer bergambar mesra.tapi ada masa malu orang tengok.gedik ahh dah kahwin kottt**




Tuesday 18 November 2014

Malaysia Bumi Bertuah.....errr penuh dengan makanan!

Assalamualaikum....

Orang datang kenduri kita...kita pon kena datang kenduri orang
kannnnn......
kali ni kenduri belah lelaki pulak...dah last week belah perempuan
kalau cite kenduri kawen aku rasa takde yang lain ahhh
semua sama jek...taktaolah kot aku jek pikir camtu.
tapi kalau ikut sedara mara punya kenduri inilah kenduri sedara paling banyak makanan
kemain mewah dengan makanan ekk kita ni...Malaysia Bumi Bertuah katanyaaa


pisang goreng & kepok lekor

kuih kuih tradisional

char kuey teow

kek coklat

puding agar-agar segala macam benda manis manis

satay #limaribu. bapak perantin hantu sate katanyaaa

See.....aku biasa kalau kenduri kahwin sedara mara ni ada lauk kenduri macam biasalah:
nasi minyak atau nasi beriani, ayam masak merah, dalca, kari kambing, gulai daging, ulam-ulam,
buah-buahan satu jenis, papadom.pastu air sirap!
pada aku kalau lauk kenduri macam ni adalah normal.
yang nampak tak normalnya(haha!) bila ada tambahan side order gituuu
macam gambar kat atas tu..kemain banyakkannn....
yelaaa sebab dulu time aku, yang normal punyalah. pastu coffee corner semua pon tahu
sama jelaa pada aku.syukur Alhamdulillah :)
bila dapat duduk dekat kenduri yang banyak makanan macam ni keje kau adalah:
duduk buat-buat macam kau sebok jaga anak...padahal kau dok melantak aje kannn 
kahkah!gila tak makan!makanan depan mata, tak elok membazir :)
manalah rakyat malaysia ni tak masuk topTen Obesiti.teheeeee~


Love,
NSA
 
 
 
**kain aku pakai memang dah sendat.lepas sumbat macam-macam bertambah sendat aku rasa**

Saturday 15 November 2014

Aktiviti perempuans...dan satu kejadian

Assalamualaikum....

Semalam pegi Hero supermarket adik aku nak cari barang jap
katanya nak buat shepherd pie dengan pie peach
dah cuti tulah kojenya.macam entri aku yang lepas
rajin sangat ehh nak masak...masak matsaleh sangat
So semalam pegilah kami betiga ke pasaraya mencari barang memasak

Hero ni dah memang jadi tempat menshoppong yang tetap
mak aku siap buat member card lagi haaa


budak ini kena bawak, tinggal kang nangis saja!

zaman sekarang, beli barang rope ini pun berabih 100

barang nak buat pie peach, beli ape yang takda je

menangis sebab tak bagi hp -..-

Elok jek aku parking kete sampai rumah dah
boleh adik aku cakap cashier tu tak pulangkan debit kad, dia bagi resit jek
baru aku jek aku parking kete dahla susah nak sangat parking situ
kene pulak ada kete depan belakang taknak pulak tu masuk bontot dulu
terus melulu masuk depan jek, memang citenya banyak kalilah kau kene adjustkan
hwahwahwahwa :P
masuk jek rumah terus ambik kunci kete mak aku jek, sebab nak cepat
kete mak aku memang dalam garaj so senang ahh dah anak aku pulak menangis
keluar semula pecut pegi hero huh!
Alhamdulillah takde kejadian yang pelik2 ke dia tetiba hilangkan ke pe
nasiblah ade...dahla debit kad, senang2 jek orang swipe hesh!
pastu terus suruh dia cek balance ke hape semua, everything ok barulah balik

Sampai rumah adik aku terus stat nak buat pie peach dia
aku ni tengok jelaa mampu kahkahkah!
shepherd pie belum buat lagi sebab mak aku dah masak macammacam
so decide buat lain kali ahh...kita mula dengan dessert jelaa
lepas makan harus kena ada dessert...barulah lengkap menu harian auwww!
 

antara bahan-bahan

buat dough
 
eh xdelah keji sangat nak tengok jek
aku tolong susun buah peach ni atas dough hahah!
okelah dari duduk mengomen jek kann,tolong jugakkkk


see...
 
 bakar dalam 30minit

eh tahu tahu lepas maghrib dah siap serve, teheeeee
tinggal nak masuk mulut jek nokss
pada pendapat akulah *mula dah pengkritik tetap sangattt* 
setiap lapisan dough tadi bakar dulu kejap dan masuk dalam fridge, baru elok dia masak
kalau tak memang kau akan rasa lembik lembik half cooked jek
ikut tekak aku layannn jek tapi bialah tekstur elok masak betol
cewahhhhhh juri masterchef sangattt kau ni nokssss :P
tu jeklah aku nak cita dalam blog yang tak semenggah ni,haha!
 
#akuyangmengomelkauyangannoying
#ehsukatikitalahblogkita
#kelakarsangatttt

 
Wanita Ini,
NSA


**ku seru idea datang...datanglah!**


Monday 10 November 2014

Kenduri kahwin siapa??Ouhhhh.....

Assalamualaikum.....

Time sekarang punya masa dah xde timing cuti sekolah orang nak kawen kan.
asal ade kosong jek boleh ajer kawen kawen
lagi lagi pulak kalau nak buat kat dewan uollss, awal awal kena booking
ada yang awal setahun dah booking.eh! dah bayar full tahu.
sebab nakkan tempat kalau tidak melepaslah.kena pulak cari tempat lain.
huuuuu payah lah kan...citenya siapa cepat dia dapat

Last week aku balik klang ada kenduri kahwin cousin MII
so kahwinlah dia dengan orang simpang derian..cousin dia ni lelaki
so kami pun beramairamai berkonvoi ke kuala klawang.kampung omak den ni.hihi

eh suka sangat ni!

Kitorg tido kat motel Kg. Larong, kira tak jauhlah dari kuala klawang
semua disediakan oleh bapa pengantin (paklang), siap tempah makanan dari caterer lagi
senang cite kitorg bawak diri jelaa samasama meraikan pengantin
makan minum tempat tinggal disediakan...terima kasih daun keladi :)
Bertolak hari sabtu pagi sebab nikah lepas zohor.sampai motel awal ahh jugak
jalan pun okeh ajer takde lak jem ke hape Alhamdulillah
bolehlah rehat rehat sementara tunggu nak siap pegi simpang durian
so pukul 1.30pm tuu kitorg semua berkumpul nak konvoi dah ke rumah perempuan
eh kumpul gambar jelahh kat sini...
macam sama je kan gambar kat atas.bezanya dah tukar baju.haha!
 berdebor debor ni!

kenyang perut sukatilah 

Setel nikah esoknya....sampai ke malam kami takde apa program
duduk duduk berehat jek mengenyangkan perut.
dah bagitau kan tuan rumah sedia semua dah

 kat dewan masa ni.saja tengok orang buat kerja

Esok (ahad) siap bekpes semua, pukul 12 lebih kami gerak ke dewan
MII jadi pengapit...kebetulan dapat pulak baju melayu emerald green
dapatlah kami sekeluarga sedondon beremerald green...gumbira sgtlah rasanya!
MIL pun jeleslah kami sedondon hehehehe....

kemain lagi MIL aku ni buat peace :P

nampak tak gembiranya disitu.kekeke
anak buah baru muhammad shazwan

eh!kononlah dukung baby boy kenan pulak lepas ni :P

nenek yang vogue :)

pengantin baru Afiq & Fatin

 selamat menempuh alam rumah tangga yang penuh pancaroba dan dugaan :)

Last sekali kitorg beramai ramai beratur bergambar dekat photo booth yang disediakan.
dapat free dua keping gambar...dapatlah fefeeling hepi sangatttt kikiki :P

3 of us :)



Love,
NSA



p/s: majlis belah lelaki minggu ni...hmmm kaler ape yg in eh.