Monday 29 December 2014

BANJIR.....sungguh hebat kuasa-MU YA ALLAH

Assalamualaikum.....


Berita banjir dimana-mana,.tak dapat tengok tv dengar radio atau baca surat khabar,
dekat FB, twitter, instagram semua share berita yang sama
Banjir yang melanda negara kita Malaysia di beberapa buah negeri
terutama sekali di Kelantan. Dekat tempat yang tak pernah banjir pun air naik melimpah-limpah
Dahsyat, sayu, sedih, sebak, eh semua perasaan adalah...tak tahu macam mana nak ceghita
Bayangkanlah kita kat sini yang takde apa-apa, perasaan tu boleh rasa bercampur aduk
kalau orang-orang kat sana agaknya macam mana....tak sanggup nak bayangkan
Setiap tahun banjir adalah perkara yang biasa yang jadi kat tempat dorang
yessss setiap tahun!tapi kita kat sini itupun masih nak merungut-rungut macam-macam
manusia tetap manusia....acaner???? (mengata diri sendiri lerr ni) :P

Tempat yang tak pernah naik air pun terkena jugak BAH ni
memang banjir kali ini yang paling teruklah, banyak tempat kena tempias
terbaca kat FB nak hantar bekalan makanan pun susah takde jalan yang selamat
tapi Alhamdulillah dengan usaha sama semua pihak di beberapa tempat,
ada yang dah dapat bekalan makanan, pakaian, dan jugak tent untuk keselesaan dorang

Gambar adalah sumber dari Google:

Kelantan: hampir semua daerah kena banjir

stadium










Allahurabbi!ini baru sikit.ada banyak lagi gambar yang di share tapi sedih nak tengok
aku kesian dekat rakyat yang betul-betul tak mampu, rakyat marhaen 
macam mana agaknya dorang hadapi musibah ni setiap tahun???
begitu kuat dan teguh keimanan dorang hadapi ujian Allah yang hebat ni
Tak terbayang kalau kena kat diri sendiri dan keluarga...memang tak sanggup nak mimpi pun
sedihhhhhhh.....setiap tahun musibah ni pasti ada :'(
ada berita yang lebih sedih anak-anak hilang ibu bapa dalam sekelip mata 
sedih sangat baca berita-berita macam ni....
Kepada korang semua yang nak menderma atau beri apa-apa keperluan untuk
mangsa-mangsa banjir bolehlah berbuat demikian secepat yang mungkin 
Pastikan korang pilih saluran yang betul dan boleh dipercayai!

Aku pun takdelah baik sangat, aku ni masih lagi hamba Allah yang hina lagi jahil.
Alhamdulillah dapatlah aku beri setakat yang mampu, 
memang tak banyak pun tapi cukuplah sebagai tanda aku pun terkesan dengan musibah 
yang melanda dorang...sangat-sangat menguji kita manusia yang takde apa-apa ni
BUMI ini hanya pinjaman. Segalanya adalah milik Allah jua
Sesungguhnya ALLAH jua maha besar lagi maha berkuasa~
Love,
NSA


**hidup mesti diteruskan seperti biasa.sentiasa beringat Allah dimana-mana**


Review: JIRAN yang cantik dan sedap!

Assalamualaikum....


Adoiiii kau punya tajuk tak hengattt boleh bikin kontroversi jek :P
ni Jiran Cafe makanan itu bukan jiran sebelah rumah ke belakang ke depan ke haaa
Kauuu sajer pikir tahyulll wakakakaka!kelaka sangattt~ *matakeatastangankatbahu*

Aku baru jer nak cuba makan kat sini, dah lama jugak nak pegi tapi tak terpegi-pegi
Ni akhirnyaa dapat jugak MII bawak isteri dia makan sini
Tapi sebelum tu adalah drama sebabak kejap kat rumah
MII: Okey, sayang nak makan kat mana?nak makan macam mana, nasi ke western ke?
Aku: emm tak kesahlah mana-mana MII: [senyappp] Aku: main game letteww
MII: jom makan ayam penyet nak? Aku: ayam penyet??taknaklah!
MII: haaaa see see itulah orang perempuan, bila kita tanya cakap tak kesah.dah bagi cadangan taknak pulak.itulahh dia .biasalah macam tu (sambil cakap tu tangan angkat-angkat tanda tak puas hati)

Mwahahahahaha yeke orang perempuan macam tu??Aku rasa aku jek hahah!
Ade ke nak makan ayam penyet??haritu dah makan kat Sunway Pyramid.
Dahlah portionnyaa sikit, manakan cukup untuk ibu menyusu macam aku ni.Tak puas okeh!
nak makan yang puas yang kenyang yang berbaloi.tapi kalau mintak cadangan aku.......
krik krik krik @_@ kahkah usah berharap ye.biasa biasa....:P

Jadi ceritanya, marilah kita pegi makan kat JIRAN, dekat wangsa maju jek
Okelah taklah jauh sangat....masa aku pegi tak hujan,nampak macam okay jer cuaca.

 *sumber dari google*

background kitchen yg sangat riuh






tgk budak itu kemainn lagi huhu 

MII

Suasana dan dekorasi cafe okelah aku suka.rasa rileks jer.rasa tenang jer.
Cuma bahagian kitchen kemain lagi riuh chef-chef bercakap-cakap
memasing suara taknak kalah.nak kuat sajer.
Aku pulak duduk betul-betul membelakangkan kitchen, memang boleh dengar jelas
apa dorang sembang kecoh-kecoh kat belakang hewhewhew

Untuk menu pilihan, aku order chicken chop ( macam biasa je kan, asik2 chicken chop)
MII order lamb grill, untuk NI mushroom soup dan garlic bread.
Dan kitorang ada add on pizza, wuhuuuu All in One pizza.dalam tu ada chicken & beef pepperoni
bolehlaa sedap gakla pizza dia...tapi nak lawan pizza hut ke dominos ke memang taklah
sebab dorang kan ada lebih banyak pilihan pizza.kat JIRAN limited jer
tapi masih sedap untuk tekak aku yang kampung ni mihmihmih :P
 
 
 Lamb Grilled

Chicken Chop with black pepper sauce

Mushroom soup with garlic bread

All in one pizza (R)

Makan untuk 2 orang dewasa jer, tapi kemainnn hewhewhew
Kenyang gila!Alhamdulillah.....balik tidur tersenyum riang dapat makan sodap-sodap :D
Ouhhh....tengah sedap-sedap makan tuu hujan tersangatlah lebat ye,
dahlah tak bawak payung walaupun dah tahu dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni
But then, Alhamdulillah staff kat situ sangatlah prihatin dan baik
bagi pinjam payung dan tolong tunggu kat kereta untuk ambik semula payung
Thank you so muchhh for your concern! :D
In sha Allah ada rezeki kami datang lagi utnuk cuba menu lain :D
Okbai!
 
 
Love,
NSA
 
**dalam kesedapan makan-makan kat sini, selalu jugak tersentap tengok 
mangsa-mangsa banjir yang tak cukup makan.Allahuakbar!**


Friday 26 December 2014

Kenapa mesti ada perbandingan??Allah jadikan kita semua adalah SAMA.

 Assalamualaikum,,,,,,

Actually entri ni aku pernah cerita dan share dalam blog lama aku
but then, tetiba aku rasa aku nak cerita sekali lagi
Antara sebabnya, aku nampak dan terkesan dengan hal macam ni depan mata aku sendiri
aku sendiri alaminya, memang hal ni boleh berlaku kat sesapa kan...

"aku memang bese dgr hotfm pepagi (dululah masa bekerja)
sepanjang perjalanan ke opis aku mmg akan dengar hot fm
dan aku sangat suka segmen "dear farah" (taktahu ada lagi ke tak segmen ni)

untuk harini ade 1 email dari seorang anak perempuan
die nk hantar mak die ke pusat jagaan orang tua atas kerelaan mak die
tapi isunya aku bukan nk cite pasal siapa perempuan tu

aku cuma tertarik dengan 1 cadangan dari 1 caller ni
pesalahnye waktu anak2 bekerja, kite dpt hntr parents ke pusat jagaan orang2 tua
aku sgt menyokong cadangan dari caller tu (errr ni bukan mksd aku xnk jaga Okeh)
dan caller ni siap bagi cadangan untuk menubuhkan lebih banyak pusat jagaan macam ni


macam taska untuk budak2 anak2 tu 
its just kite tak boleh samakan zaman sekarang dengan zaman dulu
anak2 kerja pagi ke petang, kadang2 ade yg smpai tengah malam

bukanlah maksud kite hantar dorang kat sane kite terus abaikan.
nope!aku takkan terus pikir camtu (its nOt fair laa)
cuba kite bukak sikit minda dan pemikiran kite
jangan terlalu negative side boleh??? (huhu)

idea dari caller tadi : kite hantar parents masa waktu bekerja
dan bile kite balik kite ambik dorang, pastu spend time macam biasa
pastu pegi keje hantar, pastu balik keje ambik pastu spend time dgn dorang
same jek cm mase kite kecik2, pegi taska jugak kan2???
lagi2 mase2 sekarang ni banyak pulak kes2 : rompaklah, bunuh2lah, 
main tembak2lah, (ala2 paintball gitu), tetaklah macam2 lagilah
tak seram pulak kOrang dgr kan2~

tapi ade jek caller2 lain dan most of them sangat2la negatif sidenye (xbleyla nk +ve sikittt)
aku tak rase dengan cara macamtu anak2 dikire anak derhaka, abaikan Org tua, 
tak kenang budi, terus-terus je nak menghukum macamtu...ish x adil!

lainlah kalau anak-anak tinggalkan parents dorang terkontang kanting 
sehelai sepinggang dekat tepi jalan atau suka-suka jek campak kat mane2 tempat tah (wht the ???)
Okeh yang itu aku memang anggap : kurang ajar!si tanggang!
tak kenang budi!melampau!(errrr Over kO nyahhh~)

so conclusion : is not fair kite terus menghentam orang lain sedangkan kite sendri 
xtahu 100% cerita luar, dalam, belakang, depan orang tu
hanya sedikit cadangan (sikit jek!) tapi orang dah hentam atau tak boleh
terima pendapat kite, bagi aku memang sangat tak adil!
jadi renung2kan : begitu berhak-kah kite apabila berkata2? "

Itu cerita dulu bila aku dengar dari orang lain, bukan pengalaman sendiri
tapi cerita sekarang adalah sangat berbeza bila aku sendiri tengok dan saksikan
memang betul orang cakap sorang mak mampu jaga seploh anak, 
tapi seploh anak belum tentu boleh jaga sorang mak.memang betul!
Aku ni karang kalau ceghita nama sebenar memang keji jek kang, 
rasa macam tak sampai hati sebab aku pun ade mak dan tak tahu lagi masa depan aku cane
tahh aku ni sok jahat ke durhaka ke.harini yelah nampak elok baik.
esok-esok tak tahu kann kann so aku pun tak sukalah jugak nak mengata orang
walaupunnnn...........

Pada aku tak ada bezanya anak dulu ke anak sekarang ke sebab orang kita ni kan 
suka sangat buat perbandingan macam-macam!!
Anak sekarang tak macam anak dulu-dululah ingat kat mak ayah menolong mak ayah
pandai berdikari banggakan mak ayah, bukan macam anak-anak sekarang
serba serbi ada tak kena semua tak boleh memang tak bolehhhh harap haaa

Tapi bila tengok kepada nasib orang tua sendiri dibuat endah tak endah 
anak-anak dulu yang sangat dibangga2kan itu, aku ni senyum sinis jelaa sebabnya
Ibaratnya dah macam mengata diri sendiri, dah ludah jilat balik eh betul ke ek :P
Orang tua yang dah tak berdaya yang dah beralih alam dia semula kearah bayi baru lahir
bukan mudah ye kita nak jaga, aku tahu aku paham sangat (sebab aku nampak benda tu)
Kalau tak jaga orang mengata, betul memang betul. Tapi bila jaga sibuk pulak dok 
cakap itu ini mengeluh sana sini,berkira.Kau rasa cane.Berjasa ke tidak???Ikhlas ke tidak???
Takkanlah anak dulu2 yang hebat tu nak tunjuk contoh yang macam tu kat 
anak zaman sekarang yang dah sah-sah ada pemikiran yang berbeza.
Orang cakap lagi hebatlah budak-budak sekarang ni.Pandai buat macam-macam.
yang tak boleh dibolehkan.betul tak betul tak????

mulut manusiaaa memanggg.....itulah yang selalu aku dengar ye, perbandingan itu
tak kiralah awak tu dah ada pangkat haji ke hajjah ke, mulut tetappp.....
Kalau dah namanya manusia semua sama jek...hati kita tu sebenarnya terpedaya
dengan cakap-cakap syaitanirrojimm...sebab itu kita Manusia bukan Malaikat
Sebab itu wujud pepatah: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Jangan kita bercakap lebih-lebih, jangan kita terlalu lancang bila berkata-kata,
dalam ceramah agama pun selalu diingatkan selalu ditekankan hal tu. Sebab hal ni 
akan berbalik kepada kita jugak.Jaga lidah kita, jangan termalu dikemudian hari.

Malulah dah tua-tua tunjuk contoh kat anak-anak macam tu.
Esok-esok anak-anak kita buat pulak sebab dia tengok orang tua dia buat boleh.
Siapa ada rasa tanggungjawab siapa nak lebih berkat dia akan rasa sendiri yang 
dia perlu jaga, ambik inisiatif buat sesuatu.
Siapa yang tak peduli biarkanlah dia terus dengan cita-cita dia.sebab dia taknak 
"saham" akhirat dia biarkan dia.jangan kita mengeluh jerrrrr
Sepatutnya hal macam ni kena duduk berbincang, cari satu masa yang sesuai berkumpul
buat satu sesi luahan perasaan ke, beri apa-apa cadangan yang boleh membantu
bukannya masing-masing nak tunjuk pandai tuduh sana-sini, sindir2 dalam laman sosial
Memang masalah takkan selesai....yesss ego memasing tinggi setinggi KLCC sangattt kan
Kalau macam tu sampai meninggal pun tak selesai ye, kimsalam jelah macamtu.

Aku yang malu tengok orang tua bergaduh.tapi apa boleh buat nasihat anak sekarang 
boleh diterima pakai ke oleh anak-anak dulu yang hebat belaka tu???
Terus tersenyum sinis yang ke banyak kali dahhh~


Cucu yang didalam dilema,
NSA

 **cakap memang senang, nak melaksanakan hmmm umpama mimpi dalam mimpi**

Thursday 25 December 2014

Cari storage box dimalam hari pon boleh

Assalamualaikum....

Macam kan takde masa siang kannn padahal storage box jek pon
Saja nak keluar malam sengaja nak biar anak tidur dalam kereta ber aircond
tapi haghammm dia nak tido, eh tidur tapi kejap jelahhh

the storage box!huhu

Ni haa bendanya, konon-konon nak kemas hadiah kahwin semua masuk dalam ni
dah lama dalam kotak hadiah tak pernah keluarkan, keji kannn!
pemalasss sangat adehhhh...so decide kena jugak buat tak kira walau apa
harap muatlah sebab takdelah banyak manapun tapi bila dikumpul-kumpul
boleh tahan jugakla nak selongkar susun elok-elok hmmm macam tak muat jek gayanya
tapi takpelah mana yang tak muat pikir nanti setel apa yang muat ye dakkk?? :)







Tesco kan kalau hari jumaat, sabtu dan ahad bukak sampai pukul 1 pagi
itu yang gigih nak jugak cari memalam tu, pukul 11malam aku pegi ni padahal siang boleh jer 
kan dah ceghita kat atas memang sengaja nak merayau memalam
sengaja nak susahkan MII kahkah! :P
bukan pe sejuk sikit, kang kalau siang panehh kemahennn hewhewhew~
eh tapi sekarang tak, sekarang musim hujan....sejuk hoiii siap kadang-kadang
tidur pakai stokin pakai sweater tak menahan tuuu.Feeling-feeling cuaca winter sangattt

Bila taip entri subuh-subuh pagi-pagi buta cengginilah
apa melalut pun tak tahu...tapi panjang dah taip ni
nak delete sayang laa derr...penat kott melalut, blog pun sendu lama tak update
haaa kann bertambah melalut...dari cerita storage box pegi ke cerita lain hewhew~

Harap boleh setel kemas minggu ni, sebab tinggal minggu ni jer pun
Minggu lain dah tak rajin dahh...eh boleh ek awal-awal dah tahu tak rajin?? :P
Mana yang tak muat simpan rumah mak aku ni, nak tumpang simpan rumah MIL.
yelaaa hidup menumpang macam nilahh...selagi tak berdikari selagi takde rumah sendiri
Simpan sana sikit sini sikit, Silap haribulan ada jugak barang penting yang hilang mihmihmih
hmmmmm.....serba-serbi sendu aku nii
Kalau aku kaya~ Oklah bai!



Love,
NSA

Wednesday 24 December 2014

Meraikan pengantin lama.....dimalam hari pulakkk

Assalamualaikum....

Haaaa ingat dah habis celebrate anniversary ni????
no no no...siap ada part yang kedua ngko.kalah zaman berchenta dulu
dah kata dah kawen kannn, kau nak balik pukul berapa ke kau taknak balik ke
kau nak jalan pimpin tangan ke berpeluk anak beranak ke.lantak dek kaulah
tak hingin orang lain nak nengok nak heran derrr wuhuuuuuuu~
tiada siapa kesahhhh.....asal pandai jaga diri pegi tempat yang selamat takde bahaya

Sambung dari part 1 itu, malamnyaa MII tanya "malam ni taknak pegi mana-mana?
taknak keluar ke makan-makan ke??" ecehhhh dia saja jerr test aku
Aku ni ikut mulut jer taknak, dalam hati meronta-ronta bagaikan hang tuah
puiitttt punchline takde kene mengena kan....biasaa biasaa :P
Then aku rasa malam tu macam ndak test kehebatan aku dimedan boling
biasa tengok MII main saje, siap kondem-kondem gelak-gelak lagi tak tahan tuu
kali ni naklah jugak test power aku ni boleh pakai ke out terusssss kahkah!

So around pukul 10 mlm kitorang keluar.ajak sekali adik bongsu aku, Hakim.
Sampai kat Wangsa Walk Mall orang ramai tapi okelah takdelah sampai kena tunggu turn
Ahad malam boleh dapat murah sikit, dua game RM10, okelah kan.
Start game dengan MII dulu then Hakim, aku last
Biasalah kalau champion mesti ambik giliran last sekali, kahkahkah!

Mari saksikanlahhhhhhh saksikannn olehmu wahai semuaaaaa (gaya dangdut iwan okay)


Part 1

Haaa nampak macam gaya nak cemerlang jek kann kann....
Belum tengok lagi part seterusnyaa haha!memang champion kata kauu....

Part 2

Kelaut kelongkang hoiii hoii hoiii~acane...lama gila kottt tak main boling
tapi rasa macam terer jek bila main game boling tuh eh eh eh kahkah!
In your dreams bebeh in your dreams :P
Adehhhh adik aku si Hakim tu lagi tinggi markah dia.siap baling bola 2 tangan lagi hokeh
mwahahahahah....bebudak biasalahhhh~
Asal aku baling jer tangan tak lurusla tak cukup hayunlah
Master dah puas cakap banyak kali, aku balun gak ikut gaya aku mwahahah!

Setel main boling pukul 11:40pm lebih kurang pastu MII ajak makan
Nak habis-habis celebrate anniversary punya pasal kannn
Kitorang pegi makan dekat HR Steak House kat Kg Baru tu yang ramai orang tu 
Order makan, makanan dah sejukkk tak bestttt. yelaa sebab benda dia dah masak awal-awal
tapi makan jelahh kan dah tadi pon banyak buang tenaga membaling bola yang berat
huhuhuhu.....tapi takde pulak gambar dalam hp aku ni.eh dah delete kottt :P
Lepastu NI pun tak behave, dok melasak sana sini memang tak dapeklaa nak bergambar sangat
Sampai rumah dah pukul 1 lebih,apa lagi dapat katil memang heaven ahhh~


Love,
NSA


PRE-LOVED ITEM: WEDDING SHOE







**Pakai masa malam nikah saja
**Sebab letgo: kasut glames ni tak tahu nak pakai pegi mana.kita surirumah je -.-"
**Condition: 9/10 (tapak pun tak kotor dek non!)
**3 inci/Gold/saiz 7
**Pos seluruh Malaysia
**COD boleh: area Keramat AU 1&2 dan Setiawangsa
**RM50.00 boleh nego sikit2 + FREE postage
**Wassap/Telegram/Call laju laju: 014-2660810
**Malu nak call???Boleh email: ninnahshafawati@gmail.com

PRE-LOVED ITEM: PIGEON MANUAL BREASTPUMP

 



**pakai masa dalam pantang sahaja
**condition 7/10
**spareparts belum pernah pakai
**bagi FREE reusable icepack
**pos seluruh Malaysia
**COD boleh: area Keramat AU1&2/Setiawangsa
**RM100.00 boleh nego sikit2 + FREE postage
**Wassap/Telegram/Call: 014-2660810
**Malu nak call???Boleh email: ninnahshafawati@gmail.com

PRE-LOVED ITEM: AVENT SINGLE ELECTRIC BREASTPUMP





**pakai dalam 2-3 bulan je
**condition 8/10
**spareparts belum pernah pakai
**bagi FREE reusable icepack
**pos seluruh Malaysia
**COD boleh: area Keramat AU1&2/Setiawangsa
**RM500.00 boleh nego sikit2 + FREE postage
**Wassap/Telegram/Call: 014-2660810
**Malu nak call???Boleh email: ninnahshafawati@gmail.com

Review BBcream by Seqybeauty yang meletsss.....Terlajak Cantik!

Assalamualaikum....

Nak bagi review sikit pasal produk BBcream Seqybeauty ni.
Founder oleh Blogger Sepet yang memang sepet putih melepak tuuu :D
Iollss dah cuba dah pakai then tetiba dah jadi Agen sah untuk area KL
eh!mihmihmihmih~

So nak lah ceghita gak dalam blog yang sendu bak teratai layu ditasik madu ni
Be4 this, memang pernah jek pakai macam-macam krim muka ni
ouhhh FYI, muka aku takdelah flowles sangat ye...bukan sangat tapi hampa
memang takde...aku memang ada masalah kulit tapi nak jugak feeling cantik-cantik
so tak pernah putus asa cari bbcream yang hebat-hebat
macam-macam ye, silalah percaya mihmihmih ^_^
Yang mahal ada yang murah pun ada, sampai bazir duit pun adaaa
Contoh macam pernah pakai maybeline, simple, fair&lovely, safi,
haaaa sampaikan yang mahallll adalah new york skincare punyaa
tapi kulit aku tetappppp hmmmm adeyyyy tak flowless pon -.-"
Eh tak memasal tersebut macam-macam brand hewhewhew~

Bila pakai jek rasa muka sangat berat dan sarat dengan minyak
rasa nak basuh baliklah kasi bersih haa sampai macam tu pulak dahh~
dahlah kulit aku memang jenis oily sikit, kalau silap gaya memang haruu wehh
Susah jadi aku ni wahahahahha gittuuu pulekkk~
Lama-lama fedup gak sampai rasa eh malaslah nak mekap sangattt
Iolls bukan model ke retiss ke takde sape pun nak tengok
Laki aku jugakkkk yang tengok tapi rasa eh tak boleh camtu,
Atleast biarlah ada bedak sikit kat mukaa haaa gittuuu~

Last-last terbaca dekat blog sepet pasal keluaran terbaru produk jenama dia
Bahan-bahan asas dari tumbuhan dan air
Ehhh dah baca tu mulalahhh gedik-gedik nak cobaaa

 1st time cubaa


Haaaa tuddiaaaaa dari pestime pakai lepastu terus pakai, asal keluar pakai saja
dah tuu asiklah bergambar jek koje, memang takde koje jadinya kann haha!
Bagi aku untuk kulit macam aku ni aku rasa atleast comfortable lah sikit
Salah satu sebabnya adalah aku takde rasa kulit aku sarat dengan minyak pastu melekittt
kita kan boleh rasa kan kalau muka kita ni padat sangat dengan bedak ke hape
betul tak betul tak??so aku kurang rasa macam tu bila aku pakai BBcream yang ni.
Sebab tekstur bbcream ni ringan bila pakai die takde nak kesat-kesat kat muka
boleh terus apply jek ratakan macam biasa, sebab dia water based
Bila pakai pon aku rasa takdelah dan-dan dia terus naik minyak haaaa ada ekk macam tu :P
Rasa macam pakai compact powder sebab tekstur dia tu kann, 
bezanya dia adalah krim ye tapi dia ringan, ehh camne lagi nak cakap

Aku ni kedekut sikit bab-bab mekap ni so dah pakai krim memang takde nak tepek bedak lagi
so takdelah bedak, memang apply bbcream ni jek cepat sikit kan
takdelah anak aku melalak-lalak nak dukung tengok aku dah melawa bersiap bagai

So disebabkan aku dah ambik bahagian sebagai agen yang sah kat KL gangster ni
Aku nak merwar-warkan kepada korang semua, eceehhhh :P
Korang boleh dapatkan BBcream melalui aku sebab stok adaaaa jangan risauuu
Aku pon ada jugak beberapa feedback dari customer yang beli dari aku

1
2
3
4

Alhamdulillah. so far semua berpuas hati.Walaupun sales aku agak perlahan dari agen lain
tapi bersyukur sangat ada jugak yang bukak mata baca iklan-iklan aku kat IG dan FB :D
Dan diorang nak cuba kann orang cakap tak salah cuba kannnn
Ouhh and yess produk ini ada kelulusan dari KKM ye ^_^
Kalau korang tak puas hati ingat tipu ke hape, sila kemukakan aduan kat KKM
korang pon boleh cek dekat website KKM memang registered product! :D
huhuhuhuhuh kalau korang rasa ini adalah satu penipuanlahh....


Kalau korang dah bersedia dan tak sabar sangat nak cuba produk ni
korang boleh terus contact aku laju-laju selaju papan selaju haaa kahkah!
Aku akan terus reply korang okay....stok memang ada korang jangan risau :D



Aku pon ada buat COD tao...antara area terpilih adalah Keramat AU1&2/Setiawangsa/
dan jugak Ambank Jalan Raja Chulan....korang kalau ada area dekat situ korang nak cepat
korang contact je aku okay.Nak follow ig pon lagilah aku sangat alu-alukannn

 my IG :)


Haaa nampak tak hotline number yang aku bagi tuuu...
Korang boleh Whatsapp/Telegram/Call aku secepat yang mungkin okesss :)
Aku sedia melayan order korang....jangan risau stok ada (macam banyak kali jek dah ulang, kahkahkahkah!)


Love,
NSA


**jangan lupa contact naa, aku menanti dengan penuh sabar**


Tuesday 23 December 2014

Jalan-jalan meraikan pengantin lama....review: IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum.....

Hari ahad baru ni kan anniversary kitorang yang ke 2....
ececehhh dah dua tahun Alhamdulillah...
panjang lagi perjalanan hoiiii....risau seram takut gembira sedih semua ada ahhh
semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah swt :D

MII ajak keluar berjalan makan-makan, ikut aku nak duduk rumah
kemas-kemas barang, hadiah kahwin masuk storage box, dah lama sangat nak buat
tapi tak terbuat-buat sebab ada jek alasan nak mengelak dari mengemas haih~
MII tolak mentah-mentah idea aku grrrrrr
kata dia "today is our day, nak jalan2 makan2 happy2 rileks2"
hmmmm okay okay fineeee....betul jugak tu apelah salahnya spend time
sama-sama dihari ulangtahun perkahwinan ecehhh :P


ootd depan mom's garden

Actually masa dalam kereta MII takde cakap pon nak pegi mana
tetibe terus jek aku cakap "eh jomlah pegi IOI City Mall Putrajaya"
then MII pon terus jek bukak waze dan bergeraklah kami kesana
ikut highway MEX kejap jek kereta pon tak banyak sangat, traffic biasa ok sajer


IOI City Mall Putrajaya

Sampai je rasa macam selamat dah.huuuu tak banyak kereta pun kat luar
Lengang jek kat jalan raya....rasa okelah sikit kalau tak ramai
Pabila masuk jek parking cehhh pabila konon :P hampa wehhh hampa~

gambar ini supaya tidak hilang ingatan dan hilang arah tujuan kekeke

agak-agak ape yang kelako??hahaha

yeee ada banyak kotak parking, yg hujung ni jugak jadi pilihan.nasib kaulah labu~

Punyalahh ghamai sangat orang....dah macam jalan-jalan kat sogo
ayoyoyoyo~ deyy ramai oiii macam kan besok raya melayu raya cina raya india
orang dok merayau-rayau shopping sakan hewhewhew~







Setiap level berpusu-pusu orang, memang ramai macam ada pesta wuhuuuuu
Besar gila Okeh, tak daya aku nak jalan semua tempat
lenguh wehhss kaki baru jalan kejapan sangat.terus pegi cari tempat makan
Lalu pulak dekat satu restoran ni, punyalah ramai orang siap beratur panjang


alololo ahkak kot ye pon takyahlah pandang kamera,buat-buat tak nampak jer :P

Sedap sangat-kah restoran magnum ni???kemahennn ramai, sanggup orang beratur panjang
MII ajak makan sini sebab dia cakap today is your day, today is our day to celebrate.
Decide nak makan sedap-sedap" aku adalah sangat terharu ruu ruu :P
tapi aku memang takkan nak beratur okeh
sebab aku adalah sangat malas dan kaki aku sakit dan perut aku dah laparrrrrr
Okay jom kita pegi makan The Chicken Rice Shop saja. Puas pon puas makan
Baru kenyang ade tenaga nak produce susu bila pekena nasi huhuhu
yang ni pun kene beratur gak tapi takdelah panajng beno, daya gaklah aku nak beratur :P


kita tunjuk gambar boss dulu.nak order apa boss??

assistant boss (pakai bbcream okeh, mari beli dgn saya :P)

boss +assistant boss -.-"



ini budakkan macam-macam ragam

taknak pandang taknak pandang :P

sedap!aku suka.habis kot aku makan.biasa tak habis :P

nampak tuu betapa sedapnya pie tee.

tapi kejap jek dah buang.dengan bangganya -.-"

Lepas makan pegi jalan-jalan kat tempat havoc sangat kat situ
apa?apa? what we called puiiii speaking sangatttt....District 21!
tapi tak masuklah kannn sebab NI kecik sangat kesian kat dia
takkan kitorang nak terkinja-kinja kat dalam dia termenung saje.tak adil sangat tuuu
Nanti NI dah besar kita masuk havoc-havoc kat dalam tu ye nakkk, hewhewhew~
Ceritanya marilah kita bergambar saja, ini memang perkara wajib bila keluar kemana-manakan





Pastu jalan-jalan lagi sampai rasa kaki nak tercabut sudahhh
Apa yang aku perasanlah kan, IOI City ni memang besar dan luas
tapi yang tak bestnya adalah takde kerusi untuk duduk-duduk sajer
ehhh bukanlah takde tapi tak banyak, macam boleh dikira dengan jari ni haaa
dekat setiap level macam tuu okehhh...kawasan sangat kosong dan nampak luas
kerusi sikit sangat minimaaa.....adehhh deyyyy letaklah banyak kerusi
tak logik kot orang yang datang nak jalan je pastu berdiri je hohhh...
end up, orang ramai duduk-duduk kat tepi-tepi kedai jer
berlonggok-longgok ye orang melepaskan lelah duduk atas lantai tepi luar kedai
pemandangan sangatlah tak best untuk shopping mall yang macam mewah ni kan
orang nak duduk lama-lama dalam kedai makan pon tak boleh sebab orang sangat ramai
yang beratur kat luar dah sah-sah menunggu giliran nak duduk pulak 
macam memang tak bolehlah nak ambik kesempatan duduk lama-lama walaupun kita
bayar untuk makan kat situ....kesian orang lain jugakkan kannn
kesian jugak kat pakcik makcik mak ayah itu belum kira anak2 buat perangai :P
haaaa nampak tak nila-nilai murni yang ada dalam diri ahkakkk ni.kahkahkah!
Jadi kepada Management IOI City Mall Putrajaya, sila wujudkan kerusi yang banyak 
untuk tempat yang luas dan besar macam tuuu.kehkehkeh (macam kan blog kau ni fofular sangattttt.sila jangan perasan ada orang nak baca ye! :P)


sempatkannnn~ antara kedai yg kami masuk adalah H&M sajer


Boringlah kat luar sebab rasanya sama jek macam shopping mall lain
kedai-kedai pon sama jer...bezanya sebab ada District 21 tempat havoc-havoc tuu
kuikuikuikuikui~ :P
Kitorang jalan-jalan kat luar pulak temgok air menari-nari 
duduk-duduk kat rumput karpet.kat dalam takde kerusi kann so duduklah kat luar
nasiblah tak panas sangat.Mendung memang cuaca nak hujan


poyo jek tuan blog ni wakakaka!

ini gambar sebenar :D




auwww suka sangat nii

Puas bergambar kami decide nak baliklah,takde ape sangat nak jalan
nak tengok pon kedai biasalahhh, kat KL pon hadoo (padahal tadak duit nak beli ape hoii) :P
mari pulang dengan senang hati sebab dah tercapai hasrat dihati nak datang sini kann
Nak lepas keluar parking pon ambik masa dekat sejamm...adehhhh apa punya lama dahhh
parking kan percumaaa....nak keluar pon bapak hoii beratur macam kan kena bayar


see see see... -.-"

Parking masih lagi percuma ye buat masa sekarang.Autopay mesin belum function lagi.
Tapi mesin tuu memang dah siap ada dah.cuma plastik tak bukak lagi menandakan
belumlah function lagi okay okay okay :)
Jangan pulak time korang pegi nanti tetiba dah kena bayar cakap aku tipuuu pulakk
memang sajelah nak memfitnah blog aku yang tak hebat ni puiiiittt :P kahkahkah!

Dahlah time ni minyak kereta dah E dah kuning-kuning mengelip
MII memang dah gelabah jugaklahh nii...nak keluar tak jugak lepas-lepas
tulahhh suka sangat bawak kereta minyak tinggal sikit, memang cari nahass!
Dapat keluar je terus pikir nak isi minyak.terus cari kat mana ada petrol pump.
paham-pahamlah Putrajaya ni petrol pump sangat limited ye.
lagi-lagi bila kita nak memang susahlah kau nak jumpa
aku dah rasa macam nak hangin jugaklahhh tapi sabokan jelahh
marilah kita pusing-pusing ikut waze masuk sampai ke bawah jambatan bistari precint 18 kottt
sebenarnya kat situ kereta biasa-biasa mana boleh masuk deyyyy
ini semua salah waze....bawak jalan mana tah, dah banyak kali tertipu macam ni -.-"
Dahlah hujan lebat ayoyoyo....last-last terserempak dengan abangla kat tepi jalan
MII decide nak tanya jer dia kat mana ada petrol pump.Sebab tengokkan muka 
macam abangla kerja petrol pump sajer haha keji kan! :P
nasiblah direction dia betullll,legaa weyyy~ selamat sampai.selamat isi minyak phewwww~


Cita-cita saya adalah nak dapat lesen cepat-cepat..harapannn~

Ini satu hal pulak nak mencari jalan pulang, nak cari balik MEX ayoyoyoyo...
dahlah bateri habisss pastu okay takpe kita hentam sajalah labu
asalkan ada jalan raya, Kalau sesat ponn dalam Malaysia lagi.haha!
Aku dah tak kuasa nak tahan mata, memang tak sedar diri dah.
tahu-tahu keluar kat Sg. long haaa??keluar kat Cheras peginyaa adehhh
hahaahaha memang dah ku agak sesat jua akhirnyaa nak balik
takpelahh sesat jalan luas pengetahuan kan kan kan :P

Alhamdulillah selesai meraikan pengantin lama pada siang hari itu
Eh macam ada malam hari jer.....jeng jeng jeng ^_^
TQ encik hubby aka MII sebab bawak kami jalan-jalan ronda-ronda putrajaya
sampai ke kawasan larangan pon kita masuk...yelaa pengantin punya fasal
takde sape marahlah...jangan risauuuu :P

Next year bawaklah tempat jauh sikit...maksud jauh disini luar Malaysia ke
hewhewhewhew hahahah! (nampak tak bold disitu)


Love,
NSA


**Jalan-jalan saja-saja pon habis bape RM dahh.duit-duit macamkan air paip**