Monday 29 December 2014

BANJIR.....sungguh hebat kuasa-MU YA ALLAH

Assalamualaikum.....


Berita banjir dimana-mana,.tak dapat tengok tv dengar radio atau baca surat khabar,
dekat FB, twitter, instagram semua share berita yang sama
Banjir yang melanda negara kita Malaysia di beberapa buah negeri
terutama sekali di Kelantan. Dekat tempat yang tak pernah banjir pun air naik melimpah-limpah
Dahsyat, sayu, sedih, sebak, eh semua perasaan adalah...tak tahu macam mana nak ceghita
Bayangkanlah kita kat sini yang takde apa-apa, perasaan tu boleh rasa bercampur aduk
kalau orang-orang kat sana agaknya macam mana....tak sanggup nak bayangkan
Setiap tahun banjir adalah perkara yang biasa yang jadi kat tempat dorang
yessss setiap tahun!tapi kita kat sini itupun masih nak merungut-rungut macam-macam
manusia tetap manusia....acaner???? (mengata diri sendiri lerr ni) :P

Tempat yang tak pernah naik air pun terkena jugak BAH ni
memang banjir kali ini yang paling teruklah, banyak tempat kena tempias
terbaca kat FB nak hantar bekalan makanan pun susah takde jalan yang selamat
tapi Alhamdulillah dengan usaha sama semua pihak di beberapa tempat,
ada yang dah dapat bekalan makanan, pakaian, dan jugak tent untuk keselesaan dorang

Gambar adalah sumber dari Google:

Kelantan: hampir semua daerah kena banjir

stadium










Allahurabbi!ini baru sikit.ada banyak lagi gambar yang di share tapi sedih nak tengok
aku kesian dekat rakyat yang betul-betul tak mampu, rakyat marhaen 
macam mana agaknya dorang hadapi musibah ni setiap tahun???
begitu kuat dan teguh keimanan dorang hadapi ujian Allah yang hebat ni
Tak terbayang kalau kena kat diri sendiri dan keluarga...memang tak sanggup nak mimpi pun
sedihhhhhhh.....setiap tahun musibah ni pasti ada :'(
ada berita yang lebih sedih anak-anak hilang ibu bapa dalam sekelip mata 
sedih sangat baca berita-berita macam ni....
Kepada korang semua yang nak menderma atau beri apa-apa keperluan untuk
mangsa-mangsa banjir bolehlah berbuat demikian secepat yang mungkin 
Pastikan korang pilih saluran yang betul dan boleh dipercayai!

Aku pun takdelah baik sangat, aku ni masih lagi hamba Allah yang hina lagi jahil.
Alhamdulillah dapatlah aku beri setakat yang mampu, 
memang tak banyak pun tapi cukuplah sebagai tanda aku pun terkesan dengan musibah 
yang melanda dorang...sangat-sangat menguji kita manusia yang takde apa-apa ni
BUMI ini hanya pinjaman. Segalanya adalah milik Allah jua
Sesungguhnya ALLAH jua maha besar lagi maha berkuasa~
Love,
NSA


**hidup mesti diteruskan seperti biasa.sentiasa beringat Allah dimana-mana**


No comments:

Post a Comment