Saturday, 15 November 2014

Aktiviti perempuans...dan satu kejadian

Assalamualaikum....

Semalam pegi Hero supermarket adik aku nak cari barang jap
katanya nak buat shepherd pie dengan pie peach
dah cuti tulah kojenya.macam entri aku yang lepas
rajin sangat ehh nak masak...masak matsaleh sangat
So semalam pegilah kami betiga ke pasaraya mencari barang memasak

Hero ni dah memang jadi tempat menshoppong yang tetap
mak aku siap buat member card lagi haaa


budak ini kena bawak, tinggal kang nangis saja!

zaman sekarang, beli barang rope ini pun berabih 100

barang nak buat pie peach, beli ape yang takda je

menangis sebab tak bagi hp -..-

Elok jek aku parking kete sampai rumah dah
boleh adik aku cakap cashier tu tak pulangkan debit kad, dia bagi resit jek
baru aku jek aku parking kete dahla susah nak sangat parking situ
kene pulak ada kete depan belakang taknak pulak tu masuk bontot dulu
terus melulu masuk depan jek, memang citenya banyak kalilah kau kene adjustkan
hwahwahwahwa :P
masuk jek rumah terus ambik kunci kete mak aku jek, sebab nak cepat
kete mak aku memang dalam garaj so senang ahh dah anak aku pulak menangis
keluar semula pecut pegi hero huh!
Alhamdulillah takde kejadian yang pelik2 ke dia tetiba hilangkan ke pe
nasiblah ade...dahla debit kad, senang2 jek orang swipe hesh!
pastu terus suruh dia cek balance ke hape semua, everything ok barulah balik

Sampai rumah adik aku terus stat nak buat pie peach dia
aku ni tengok jelaa mampu kahkahkah!
shepherd pie belum buat lagi sebab mak aku dah masak macammacam
so decide buat lain kali ahh...kita mula dengan dessert jelaa
lepas makan harus kena ada dessert...barulah lengkap menu harian auwww!
 

antara bahan-bahan

buat dough
 
eh xdelah keji sangat nak tengok jek
aku tolong susun buah peach ni atas dough hahah!
okelah dari duduk mengomen jek kann,tolong jugakkkk


see...
 
 bakar dalam 30minit

eh tahu tahu lepas maghrib dah siap serve, teheeeee
tinggal nak masuk mulut jek nokss
pada pendapat akulah *mula dah pengkritik tetap sangattt* 
setiap lapisan dough tadi bakar dulu kejap dan masuk dalam fridge, baru elok dia masak
kalau tak memang kau akan rasa lembik lembik half cooked jek
ikut tekak aku layannn jek tapi bialah tekstur elok masak betol
cewahhhhhh juri masterchef sangattt kau ni nokssss :P
tu jeklah aku nak cita dalam blog yang tak semenggah ni,haha!
 
#akuyangmengomelkauyangannoying
#ehsukatikitalahblogkita
#kelakarsangatttt

 
Wanita Ini,
NSA


**ku seru idea datang...datanglah!**


Monday, 10 November 2014

Kenduri kahwin siapa??Ouhhhh.....

Assalamualaikum.....

Time sekarang punya masa dah xde timing cuti sekolah orang nak kawen kan.
asal ade kosong jek boleh ajer kawen kawen
lagi lagi pulak kalau nak buat kat dewan uollss, awal awal kena booking
ada yang awal setahun dah booking.eh! dah bayar full tahu.
sebab nakkan tempat kalau tidak melepaslah.kena pulak cari tempat lain.
huuuuu payah lah kan...citenya siapa cepat dia dapat

Last week aku balik klang ada kenduri kahwin cousin MII
so kahwinlah dia dengan orang simpang derian..cousin dia ni lelaki
so kami pun beramairamai berkonvoi ke kuala klawang.kampung omak den ni.hihi

eh suka sangat ni!

Kitorg tido kat motel Kg. Larong, kira tak jauhlah dari kuala klawang
semua disediakan oleh bapa pengantin (paklang), siap tempah makanan dari caterer lagi
senang cite kitorg bawak diri jelaa samasama meraikan pengantin
makan minum tempat tinggal disediakan...terima kasih daun keladi :)
Bertolak hari sabtu pagi sebab nikah lepas zohor.sampai motel awal ahh jugak
jalan pun okeh ajer takde lak jem ke hape Alhamdulillah
bolehlah rehat rehat sementara tunggu nak siap pegi simpang durian
so pukul 1.30pm tuu kitorg semua berkumpul nak konvoi dah ke rumah perempuan
eh kumpul gambar jelahh kat sini...
macam sama je kan gambar kat atas.bezanya dah tukar baju.haha!
 berdebor debor ni!

kenyang perut sukatilah 

Setel nikah esoknya....sampai ke malam kami takde apa program
duduk duduk berehat jek mengenyangkan perut.
dah bagitau kan tuan rumah sedia semua dah

 kat dewan masa ni.saja tengok orang buat kerja

Esok (ahad) siap bekpes semua, pukul 12 lebih kami gerak ke dewan
MII jadi pengapit...kebetulan dapat pulak baju melayu emerald green
dapatlah kami sekeluarga sedondon beremerald green...gumbira sgtlah rasanya!
MIL pun jeleslah kami sedondon hehehehe....

kemain lagi MIL aku ni buat peace :P

nampak tak gembiranya disitu.kekeke
anak buah baru muhammad shazwan

eh!kononlah dukung baby boy kenan pulak lepas ni :P

nenek yang vogue :)

pengantin baru Afiq & Fatin

 selamat menempuh alam rumah tangga yang penuh pancaroba dan dugaan :)

Last sekali kitorg beramai ramai beratur bergambar dekat photo booth yang disediakan.
dapat free dua keping gambar...dapatlah fefeeling hepi sangatttt kikiki :P

3 of us :)



Love,
NSA



p/s: majlis belah lelaki minggu ni...hmmm kaler ape yg in eh.

Thursday, 6 November 2014

Diet mana diet???

Assalamualaikum.....

sajelah tu MII ni....siap share kt FB lagi
diet tu dah kelautt dah oiii
kawan pon dah buang tah mana
lupa diri sangatttt ni!dah janji kan nak start diet.mana janji manismu itu!

apekedie tahh blur pulakk

yg ini pon sama jugakkk

Konon konon share kat kita nape ye???
ouuhhhh nak suh buat-lah ek.cissss
turunkan berat badanmu kawal pemakananmu baru permintaanmu daku tunaikan!
bahahahahhahaha~okbai!

xdelahh camtu keji sangat kau jadi isteri ni.kahkahkah!
sebenarnya dasar pemalas!macam macam alasan saja nak bagi :P
aaaaaaaa whylaaa suka sangat nak share benda makan makan kat fb
lepastu bajet nak kene buat teringinlaaa waargghhhh
lepastu bila baju seluar dah ketat sana sini jangan komplen sana situ sini ek


Love,
NSA


p/s: kidz & creme abg aaron ajis bila nak bawaknya? :P




Mari memasak....eh! makan saja

Assalamualaikum....

Sejak adik aku yg belajar Uitm cuti ni kemainlah rajinnya buat itu ini
last week buat pie epal, so semalam buat pie blueberry lak whoaaa!
aku???memang tak rajin ahhh...kahkahkah!

Siap dah plan minggu depan nak buat pie ayam lak.lol!
sedap sedap makan dok rumah ye.yg makin membesar MII jugakkk.teheeee :P
eh! tak rajinlah nak puji budak pompuan ni, tengok jela gambar kalau sudi.

inilah budaknya.dedulu zaman sekolah dgn mak aku

taraaaa!pie epal *abaikanmejaygbersepah*

meleleh menjilat bibir hoiiii *abaikanmejaygbersepah*

si pemakan dan pengomen
 
ahhh gaya model sgttt
 
sedaplah hoii hari-hari macam ni.lepas makan ade pulak dessert.whoaaa!
lagak orang kaya dalam drama swasta sangattt...menyampahlah!
aku tunjuk orang masak jela...nak tengok aku sendiri masak laki aku jela mampu
kahkahkahhakhaktuihhh!
 
 
Love,
NSA
 
 
p/s: kadang-kadang pandai masak tak perlu tunjuk sangatt :P



Basic Learning Skills...pandai ke tidak???

Assalamualaikum…..

Haritu aku g GM kan aku cite ade beli mainan anak aku.
Sblm ni ade gak aku baca2 lah sikit2 mainan ape yg sesuai utk bebudak blaja, 
byk jugaklah. kalau kita nk buat sendiri pon boleh ajer.
tp disebabkan tahap kemalasan aku yaa hampunnnn 
tinggi menggunung tetap jugak xbuat2.kahkahkah!
so aku decide xpe kite pg survey dulu ye nak.
memula aku pg DIY ingt nak cri mainan yg mcm block tu 
boleh susun2 ke bina2 ke @ jenis yg ade tong pastu dia boleh masukkan ikut bentuk.
pastu tgk kt DIY besar gila tong dia mahal lak tuh.
okeh ummi kau xde bajet nak oiii.kahkah!
xpe2 survey je dulu…*dahkatatakkejesekarang*

So bila dah pg GM tu ingt nk jugak beli ahh x kire ape yg jadi.huh poyo jek!
so aku beli benda ni dululah utk dia.

aku panggil ni tower 

ingat dia excited-lah kan nak cuba belaja tapi....haremmm.....
umo NI belum setahun lagi masa ni.mula2 jek dia dok belek-belek lepastu hmmmmm
Walaupun aku dok tunjuk laa depan dia cmne nak susun tapi tetappp hampa
mula-lahh campak sana sini siap baling2 lagi kauuu...sabor jelaaa

tgn jek pegang mata kelainnnn

ditunggang terbalikkan
tapi pe yang aku perasan, lepas umo dia setahun dia dah pandai sendiri masukkan 
benda bulat-bulat tu dalam tower dia.
Alhamdulillah,yay!so takdelah aku ingat anak aku ni blurr sgtkan.
reti jugaklah dia walaupon mcm lambat jek dia nak ikut.
siyes sgt nih!
ouhh NI pandai masukkan je tapi bila nak pikir kene masuk yg besar ke kecik 
dia tak pandai lg, selalunya aku akan susun ikut susunan dan 
dia sendiri akan ambik masuk dalam tower.
xpelah kan slowly dia belaja.lama2 nanti pandailah dia test & error sendiri kannn :)


Love,
NSA


p/s: jaga anak sendiri memang satu perkara yg sgt mencabar.bertabah-lah!








Monday, 3 November 2014

Mengembara ke Petrosains....lol!

Assalamualaikum....

Wahhh lama gilak kot aku tak jejak situ...last pegi masa skolah menengah kot
pastu suka naik kenderaan yg mcm telur tu.bahaha!
perjalanan sekilas masa katanya..so nak masuk dlm sana mmg kenala naik kereta telur tu.haha!boleh ke tidak ayat mcm ni??? :P

Pegi sana naik LRT.pesen aku mcm nilahh..
kalau setakat tmpt tu dekat dgn LRT aku rela naik LRT
tak payah nak eksen sgt ahh nak bwk kete jem2 mcm tu.bahaha!
unless kalau jauh @ nak beli brg yg sgt byknya mmg aku akan bwk kereta.

 eh suka sgt dia tu!

*edited* ummi & naurah irdina

Then sampai sana okeh mmg dah dijangka ek, tak payah nak buat taktahu sgtlah!
Pegi time awal bulan sabtuday lah pulakk,mmg ramai ahh citenya kann
beratur gak ahh pepanjang, adelah dekat sejam menunggu nk naik telur tu
dahlah keluar lambat, kol 12 baru keluar rumah.choiii!
Konon mcm nak bwklah anak aku tgk benda menarik dlm tu kan tapi haremmm
dahlaa ajak main pon blur jek pastu boleh dia buat muka tak excitednya tuh
aku rasa mcm aku lak yg terlebih excited.kahkah!
anak kau kecik lg hoiii!mana dia tao.yg dia tao ummi ayah dia ade depan mata
So marilah kita mencuci mata dgn gambar2 yg tak seberapa ni.

penat beratur hoii.duduk jap!

inilah dia kenderaan "telur"

tengok2, muka ngantuk
eh belakang tu aku tak kenal ek

lompat ummi lompat!

kahkahkah!masa ni aku dan MII sama2 lompat & challenge tgk sapa paling tinggi 
ofkoslah aku yg paling atas sekali...kahkahkah nampak x penipuannya disitu :P

dinosor ni siap nyanyi tao!tapi NI tak kesahlah

MII nak cuba ni tapi malu sbb ramai bebudak.ahaks!

cuba tgk sape yg main tu.ish!

*edited* manja sangat niii

kat pelantar minyak masa ni

*edited* nak keluar dah

dah keluar baru nak happy ek

Rupa2nya byk jugaklah benda yg baru & diubah tmpt rasanya.dah lama tak pegi katanya
bila masuk jek: eh benda ni bukan kt luar ke eh asal benda ni kat sini eh bukan haaa gitu!
ouhh helikopter dlm pelantar minyak tu aku tak naik sbb lupa lak ada bayaran
dah kedekut sgt nak bayarkannn.lepastu mcm tak ramai jek yg nak naik.haha!
nak kata best ntahla ek tapi aku mmg rasa kanak2 ribena sgt masuk dlm tu
yelaa anak tak pandai lagi biarlah ummi jek yg belajar ye nak ye :)
lepas sesi mengembara biasalah jalan2 dlm kLcc then cari makan isi perut
ramaiiii sgt kat kLcc tak tahulah dorg ni cari ape..apekebest sgt ke kat sini
aku ponn pelik gak...asal pegi ramai jek memanjang huhu.

Mission nak bagi anak belajar sesuatu gagal sikit sebab NI masih blur & takut2
huhuhuhu....xpe, kan dia masih dlm proses pembelajaran.byk masa lg wehh 


Love,
NSA


p/s: plan lepas ni aquaria, tapi MII dah warning tunggu NI pandai jalan & rasa excited.mihmihmih








Saturday, 1 November 2014

Laman sesawang Oh sosial!

Assalamualaikum.....

Facebook.Twitter.Instagram.....perlu ke semua ni ek??
aku macam terpikir byk sgt laman sosial aku ni
padahal xde benda aku share ke hape
dah mcm terpengaruh dgn org lain, rasa mcm nk delete salah satu
nak delete facebook ahh sebab byk sgt iklan


eh sayanglah pulak! facebook paling awal sekali buat.
padahal pandai2 shop online semua dari facebook.cisssss
delete twitter mungkin boleh kott.bukannya ramai follower pon *dahkautusiapaorangnakfollow*


aaaaaa kesianlah kalau nak delete..kedua awal selepas facebook.bahahah
instagram lagilahhh tak boleh hoiii...walaupun tak rajin share gambar
tapi aku suka jugak intai2 orang lain punya.mihmihmih


boleh ekk macam tu...sebenarnya kau nak macam mana haa???
mengada sangat haih..
ini semua sebab pengaruh rakan sebaya.orang lain jugak yg kena.kahkah!

kadang2 ada certain part yg kita tak berapa suka cth macam facebook
banyaknyaa iklan sebabnya makin ramai yg bisnes online.
tak kisahlah ni dah aku pon salah sorg pembeli online :P
tapi yg paling aku tak suka ialah game!
nape ek nak kena invite apa semua.penah tu ramai yg *lebih dari 1 kira ramai gak kan*
nak invite main game.heeeee tolonglah!aku bukan peminat tegar game eh
tolong jaga sensitiviti orang lain boleh tak.nak main game main ahh sorg2
ataupun kau tanya dulu ke baru ko invite ke.
ni kau suka2 jek nak banyakkan request untuk game.
soriii memang tak layan ahh!
tipulah kalau aku ckp aku tak main game langsung.*fine*
tapi aku tak kacau orang ye...even nak share
#congratulaions!you're up to level bla bla#
kat facebook pon xde, inikan pulak nak request energy ke ape ajak orang main sekali
aku memang main sorang2.nasib kaulah energy habis.
habis energy silalah berhenti main game tunggu energy refilled
dan sila sambung buat kerja rumah or kerja2 yg lebih berfaedah
dan bukannya menganggu orang lain sebab nak cepat menang.
kalau share ilmu ke tips2 ke shopping online ke eh! xpelah jugakkan

macam twitter aku pun tak berapa aktif sgt...setakat share gambar je
yelaaa skrg kann dari instagram boleh link terus ke FB & twitter 
so ape2 gmbr yg aku share kat IG aku akan terus link kat dua2 ni jugak
dah mcm 3 serangkai pulak kannn

moral dari cerita di atas aku mungkin takkan atau belum tiba masa
nak delete mana2 akaun lagi kottt teheeee :P
saja jek post entri yg karut komedia sangattt *luahan pada pencinta game online*
sekian!

Love,
NSA