Sunday, 21 December 2014

Happy 2nd Anniversary

Alhamdulillah....
dua tahun sudah berlalu...
dua-dua anak no.2, dua-dua lahir tahun sama...
aku api dia air...
kalau tak sabar, wallahualam~
Alhamdulillah cinta itu ada masih banyak
Mohon Allah berkati serta panjangkan perjalanan perkahwinan ini
Mohon Allah murahkan rezeki perkahwinan ini
Amin amin yabbal alamin


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang kita yang ke2
MII & NSA



Wednesday, 17 December 2014

Alahai....Old Town White Coffee

Assalamualaikum....

Kawan aku ni memanglah...dah tahu tak bekerja lagi mau ajak aku minam-minam
kat sini....adehhhhh -.-"
bukanlah aku tak gemar ke tak suka ke tapi aku ni alahaiiiii....
nak meniaga pun terkulat-kulat keluar modal ini nak makan minum kat luar
memang berkira sangattttttt...tapi disebabkan dia cakap dia belanja
makkkkk redhaaa sangattttt hewhewhew~~

AEON Setiawangsa | Jusco Setiawangsa 
**sumber oleh google**

 
**sumebr dari google**

Kawan aku nak makan nasi lemak 3ringgit, adelah sejemput....
adelah celah gigi jek.sekejapan dah habis.tak sempat nak feeling betul ke tidak nasi lemak
haaaaa tahu-tahu habis dah adehhhhhh -.-'
macam nilah rasa bila tak bekerja tak berduit....nak keluar duit pon boleh jadi berkira


 RM 3.40++

Tengok gambar macam besar je kann.padahal hmmmm adelah besar tapak tangan aku ni
nasib aku ni dah dewasa kalau aku ni kecik molek tapak tangan pon kecik molek
memang rasa-rasa kecik lagi nasi lemak old town ni adehhhh~
Aku memang jarang lepak-lepak sini, boleh sangat dikira dengan 5 jari saja
bape kali jek aku jejak sini...ntah tak minat kotttt :P
Kawan aku dah cakap awal-awal nasi lemak dia kecik jek
bestu takkan aku nak buat molek order lain.tengok harga sangatlah tak patut dengan
kerjaya surirumah macam aku ni...terkulat-kulat gak aku nak order
kot ye pon orang belanja kannn, segan jugak!sebab dia pon surirumah haha!
so order jelahhh..sampai-sampai jek order kitorang berdua tergelak-gelak jek
rasa semua pandang-pandang, padahal perasaan sendiri jek huhuhu
adoiyaiiii rasa kesian kat diri sendiri..dah tahu takde pendapatan nak gak lepak-lepakss
rasakan kau!kahkahkahkah~

air soya tarik+roti bakar peanut butter

Pastu order air soya kemain banyak buihh.air takde penuh pon gelas tu
berbuih-buih punya pasal memangla nampak penuh caitttt~
masalahnyaa sekarang perlu ke air soya tu ditarik seperti teh tarik sampai ada buih???
adehhhh kedekut betollahh.saja taknak bagi penuh gelas tu so bagilah buih-buih.
roti bakar tu kawan aku suruh order kan untuk NI, yelaaa kesian dekat dia
padahal anak aku makan satu pun sampai rumah masih kat tangan tak habis-habis
nak tunggu dia makan memang berchentaaaaa...
so aku bungkus dengan tisu bawak balik roti bakar tu huhuhu

 ini amoi kannnn

Sejak aku tak bekerja ni memang berkira sangat nak keluar duit
beli apa yang perlu sahaja.
Sebab tu sekarang gigih mencari peluang berniaga online.jadi dropship pon takpelah.
asal ada benda nak buat kat rumah dan dapat duit sikit-sikit
kumpul-kumpul lama-lama jadi banyak haaaaa lama-lama penuhla tabung
kannn kannnn heheheheheh :D


Love,
NSA


**Sesungguhnya Allah jua maha pemberi rezeki.berusahalah**


Monday, 15 December 2014

Minggu Bowling....MII yang terer sangat katanyaaa

Assalamualaikum....

Last week memang betul-betul minggu bowling sesaje.
Plan asal sabtuday nak pegi buat mykid NI dekat mini UTC keramat mall
tapi staff kat situ bagitao buat kat situ 3 bulan baru siap, heh noob gilerr
tak memasal ahh aku nak tunggu 3 bulan, mykid jek kot
buat kat Jalan Duta sejam buleh siap, tapi kene gigihla pulak kesana
so aku decide mari kita buat kat Jalan Duta saja.
eh tak payahlah nak tunggu sampai 3 bulan.


 budak muka sembap baru bangun tido.

Mohle balik mengemas rumah bagaikan kapal karam...
pastu MII nak ajak pegi Setia City Mall jumpa BFF dia.Raja & Arep.
nak main bowling katanya, pastu nak makan kat Seoul Garden.aku pun ikut sajalah
Habis jek mengemas, terus rushing siap-siap makan sikit pastu terus keluar.
Pukul 3 keluar, jalan jem sikit sampai sana pukul 4.tapi memang janji pukul 4 pon.
alaaaaa saja jek kawan MII datang awal.excited sangattttt~


hebat sangat ni :P
 
masa ni baru bangun tidur

dapat kaki, mari beraksi!
 
Sementara dorang main bowling, NI pon main gak.tapi dia main cara dialaa.
dia dok pusing-pusing tempat boling tuh...jalan sana sini.yelaaa baru dapat kaki
hewhewhewhew -.-'
contoh macam gmbr kat bawah ni ada pulak meja makan dekat situ
dapat kerusi dokla main tolak tolak.aku biarkan je.
ramai sangat yang tengok dah macam anak terbiar pulok, baru aku ambik ngahaha :P
letih woooo nak kejarkan dia tapi tak baik mengeluh, astagfirullahalazhim :D

inilah koje dia
 
 tak larat mak kau nak kejar, haa dok situ dendiam


Habis dorang berboling boleh pulak si Raja ajak masuk karok, sebelah jer
adehhhhh taknak aku.sat lagi kena nyanyi, malu aku!
suara dahla sedap sangat bak buluh perindu huahuahua :P **penipuan yg sgt dahsyat**
Kitorang terus Seoul Garden, dah jenjalan dalam tempat aircond ni perut cepat lapar
padahal kat rumah dah melantak dulu dah, biasa-biasa :D
 
 Kami ber5 dewasa
 
mereka ber2 bayi, teheee~

Ouhhh kawan MII sorang lagi tu yang pakai cap tu Arep,
dia tuu single & available lagi rasanya, kecik molek jek orang dia, hehehe~
macam agensi cari jodoh sangattttttt -.-
 
 perut tu memang tak boleh sorok dah :P

errr emmm ni je ke makan??rugi2 --.--

Ceritanya aku tak berapa suka makan dekat Seoul Garden,
sebab jenis aku makan bukan sekali banyak.makan sikit-sikit pastu slow
aku ni cepat kenyang pastu kena rileks dulu, nak nak pulak sekarang ada anak
makan bukan boleh kau nak feeling-feeling sensorang, nak kena tengok dia gak
pastu nak kena ikut sekali dia makan, suap dia.So macam mana mau feel???
pada aku sangat rugi kalau pegi makan sini.sudah cukup sudah kali ini saja
no more next time.....rugiiiiiiiii bayar dahla mah-hallll 

Itu cerita hari Sabtu, moh kita tengok cerita Ahad pulak
dah kata minggu berboling, memang ni jekla hadapnyaaa
tapi hari Ahad kitorang pegi Sunway Pyramid pulak, biasalah hari minggu
sunway ni kalau tak ramai memang pelik....
 
 baru sampai..dalam lif pon jadi :P



MII main dengan officemate dia.konon-konon nak tengok sapa paling terer.
sapa menang dia dapat satu tiket wayang.MII biasalah konpiden buleh menang kan
sebab dia rasa dia terer sangattt kahkahkah!

Ceritanya sekarang tak menang pon...kekeke tulahhh tulahhhh eksyen lagi
menang tipis jek....kenalah share beli tiket wayang untuk champion
dorang ni kira pandailah main boling.kalau dapat aku tak tahulah bola kemana :P






 
Setel dorang main boling, officemate MII nak main ice skate
kitorang memang tak join ahh, dengan bawak NI lagi, kesian dia
takkan nak tengok jek, so kitorang pegi jalan-jalan jela dalam sunway tu
dapatlah tangkap gambar kat dekorasi krismas ni
kalau ada apa-apa festival kat mana-mana shopping mall mesti ada dekorasi camni
cantik dengan tak je ye dakkk :D
 
Pastu agak-agak diorang habis ice skating, terus kitorang gerak pegi ayam penyet
hari orang dapat gaji, memang ramailahh...termasuklah dorang semua ni
makan nak sedap jek tapi bagi aku tak puasssss
portion sikit sangat, manakan cukup untuk ibu menyusu macam aku ni haaa
sedap dah sedap dahhh tapi sikittttt, tak puas tak puas --.--
 
 wefie weee~~

So kesimpulannya, aku memang kurang berminat nak makan dekat dua tempat 
aku cerita tadi, Seoul Garden dan Ayam Penyet.
Lain kali keluar jenjalan makan dekat tempat yang memenuhi bajet dan berbaloi
setakat makan macam ni, adehhhhh rasa macam ada yang tak cukup
ate cemana, aku ni bukan orang kaya....kuyup adalah
jenis aku ni gerai-gerai warung-warung jelahhh, yang sedap dan murah
yang puas makan, nak order lagi nak order lagi...sebab murahhh
tempat-tempat macam ni sebulan sekali dahlah cukuplahh
kena belajar berjimat, duit sekarang macam air paip yang kita selalu bukak lupa tutup tu :P

ni aku nak belanja 1 gambar aku yang bajet model cekelat ni :P

 
 
Ummi yang cerewet,
NSA



**kalau orang dah ajak takkan nak tolak ye dak, waima hotel sekalipun kuikuikui**






Thursday, 11 December 2014

CarBoot Sale yang hambar.....

Assalamualaikum.....

Saja haritu aku join kawan sekolah aku niaga kat Carboot Sale Jalan Semarak
dialah ajak...aku pun tak tahulah mana dia dapat contact nombor nak register semua
pestime pon nak cuba niaga...baru rasa susah.baru belajar camne nak meniaga
baru tahu camna rasa orang meniaga panas-panas tu, kita tak beli haaaa
baruku tahu,,,bukan senang nak jayakan sunnah Nabi ni (99% keuntungan dari perniagaan)
bukan senang ye aku ulang lagi sekali its not easy **amboii english sangatttt

Malam tu pulak aku tak boleh tidur...kau bayangkan pukul 4pagi baru aku tido.
pagi tu memang kelam kabutlah bangun solat pastu bersiap
ape pon aku tak kemas...barang apa nak bawak tak prepare pape pon
huwarggghhhh...dahlah kawan aku dah msg dia dah siap
aku terhegeh hegeh lagi nak kemas barang adoiyaiiiii
so aku capai mana yang sempat aku capai...nasiblah NI pon masih tido
laju-laju aku kemas siap-siap dan terus keluar...

sampai sana dah ramai jugak yang register.tapi kitorang takdelah lambat
sebab lepastu ada je lagi kereta yang lambat hewhewhew~ 


dapat no 39





Macam-macam barang yang ada...new item ada preloved item ada...
masing-masing dengan promo iklan banner...eh macam-macam lahh.
siap ada bawak meja payung besar-besar...rak barang-barang.dorang siap bawak semua
sekali tengok kitorang punya.alahai sendunyaaa....betol-betol bajet jek





nak tahu pakai apa buat alas????cermin punya pelindung matahari
itupun nasib hado...kalau tak memang betol-betol atas tanah
sadis woooo...orang pestime meniaga camnilah.ape pon tak tahu
main redah jek datang memang niat nak jual apa yang ada
tak dan nak pikir deko ke hape adoiiiiii

 nilah rupa kawan aku tuh,samalah kami tak bekerja :P

kawan aku ni nama dia Nadia.dia ni jual kasut-kasut baby
comel-comel murah-murah jer.tapi aku masih lagi belum berkesempatan nak beli
kalau korang nak murah boleh dapat 2pasang RM30.00, pegi visit ig dia #kids_worldplanet
sebab dia tengah buat year end sales katanyaaa...memang nak kasi habis stok yang ada :D

So haritu aku pun edar-edarlah flyers BBcream aku tuh
dengan harapan ade rejeki.orang baca dan dorang laju-laju contact aku.
mana tahu kan rezeki Allah nak bagi...tapi sampai basah lencun baju,
tambah pulak kulit bawah lengan dah melekit lekit dah ni kuikuikui 
belum ada jugak rezeki berpihak pada aku....
takpelahh itu maknanya Allah nak suruh kau usaha ye Puan Tulip :P

potokopi black&white ajer..sadiss sangat

dan-dan tu jugak kau nak tulis no hp fb ig bagai

Punyalah paneh habaq hang cuaca haritu...memang bagus sangat nak niaga
kalau hujan lagilah susah kan...tapi dia punya paneh, berbelang gaklah kulit aku
huahuahuahua...aku ni pulak jenis kulit cepat sunburn...mak redha jelaahhh
That day, dapatlah kawan aku ni jual barang-barang dari stok dia yang lepas
contoh macam shake&blend tu pastu dispenser untuk bijirin tu ape tah nama dia
tapi benda utama yang dia nak jual adalah kasaut-kasut baby.tapi takde rezeki kan
xpelah...ada gak duit masuk cover duit tapak huhuhu~Alhamdulillah :)

Tak ramai orang yang datang okay.dengar cerita kereta sebelah kitorang
dia dah datang dari minggu lepas lagi.masa tu pun tak ramai orang
siap cakap macam organizer tapak tu takde buat promosi tempat tu
ate camne pulak orang nak tahu???hmmmmm
baru haritu jek, ada orang paper mana tah datang interview
patut organizer kene war-warkan kat luar, buat promosi sikit
jangan harap gantung banner jek kat tepi-tepi jalan,
banner pulak satu jek yang aku pernah jumpa, adoiyaiiii
tempat lain tak tahulah pulok ada ke tidak??
senang nampak senang cerita memang boleh dikira orang yang datang
minggu aku datang niaga tuhh adelah 3 baris kereta, minggu depannya aku lalu
dari 3 baris jadi 2 baris kereta jek yang meniaga!
habistu kalau minggu lagi 1 bape ekk korang rasa??mihmihmihmih
cobaan...cobaan...cobaan..inilah dunia perniagaan hihihi...
#bersyukurlahMalaysiamasihaman..eh tetibe jek kau ek :P

Itulah pengalaman berniaga aku...penat memang penat
nak senang bukan senang ye dakk???
kenalah usaha nak majukan hidup kat bandor ni,
kalau tidak alamat ikat perutlaa....kikikiki **kenela ikut saranan pak menteri



Belanja selfie satu gambar tuan tanah tuan kedaung berBBcream ni tao!
nak order wassap je laju-laju.READY STOCKS!!! weeeeee~
janji kalau repeat order dengan aku, aku bagi FREE gift best.
tapi kena janji belilah okay.PEACE.


Love,
NSA


**dulu masa sekolah pernahlah meniaga.masa tu dengan kawan-kawan semua.
seronok weii**






Tuesday, 9 December 2014

BIG BROTHER punya pasal......

Assalamualaikum.....

Cerita minggu-minggu lepassss baru laa dapat share kat blog
biasalah surrirumah yang berdedikasi dengan anak, tak boleh lekang kan
hewhewhewhew -.-'

MII ajak makan sedap sedap katanya.
dah kata surirumah duk rumah tak tengok dunia luarlah citenya...apalagi
meloncat keriangan macam kanak kanak ribena **tapi depan MII control jew
Sebenarnya plan asal adalah nak pegi Kidz n Creme tapi cane tah ek...
Ouhhh MII suh usha dulu review orang pasal cafe abang sado aaron ni
tetiba macam banyak lak terbaca negatif side...emmm rasa macam 50-50
jahat tak jahat tak...hahahahah!**padahal niat nak makan dah lama benau nii
ini semua salah MII...kalau tak tengok komen ke review ke tak boleh ke
takut menyesal katanyaa...jauh nak berjalan ke Setia City Mall sana
minyak dahlah mah-hallllll :P
hmmm okay okay....tak jadilah ke sana
marilah kita mencari tempat makan yang best area shah alam
dah terlajak arah sana kan, takkan nak patah balik
teruskan saja perjalanan...sambil2 mencari
rupa2nya memang banyak tempat makan best area shah alam
lagi lagi western food...semua tempat hebat hebat dekorasinya
nak dengan taknak jek cuba kannn....so end up MII pilih Big Brother kat sek7

Nak dijadikan cerita, terkebetulanlah pulak..Hari Konvokesyen UiTM
memang citenya meredah jem...mencari bahana...kannnnnn
nasiblah noksss...perut dahlah lapar ni. pukul 2 lebih masih tak lunch lagi
bekpes pon makan roti jer...hoiiii tak boleh tak boleh
camna nak produce susu dengan jayanyaa...teheeeee :P
punyalah cari-cari Big Brother ni, siap kol bagai tak jugak jumpa-jumpa
padahal nama dah besar dah tuu...BIG BROTHER kann
apekehal susah benor nak jumpa...siap berpusing 3 4 kali tempat sama
tengok waze tengok gugel map dok ulang sampai fed up dah nape tak nampak gak
last benti kat depan bus stop rilek tarik nafas.Aku tanya MII taknak cari lagi ke???
MII jawab ntah dah pusing banyak kali ni.ke nak cuba lagi sekali??
takpelah last kita pusing, kalau takde gak bukan rezekilah tu.
Okehh mari cuba sekali lagi.......


jemm woiii...student konvo.orang parking bersepah

Ummi+Naurah selfie jelah kat belakang


jalan jem mampulah nak selfie
Akhirnya....Alhamdulillah sampai jugak akhirnyaaa...
silap sikit jek....MII tak terus habis jalan deret kedai-kedai Big Brother
dia pegi masuk lak dekat lorong kecik...sah2lah tak nampak kan kedainya
tulah pengajarannya lain kali bagi habis satu lorong, jangan sekerat jalan huhu :P







Biasa makan western macam ni time malam...baru feel...baru havoc!
dengan dekorasi kedai yang cantik + orang ramai whoaaaa :P
tapi kali ni kitorang hentam sajalah labu makan late lunch
memang late sangat dah citenya...dokek pukul 4 baru dapat makan
apolah nasib.....#bersyukurlah T_T

aku order ntah ape nama tak ingat kan...citenya pegi dah lama baru nak update blog :P
so tengok gambar jelahhh ape yang hado...



Bolehlahh...aku bukan reti sangat nak komen kan
tapi not so badlahh...portion pon besar pada aku
aku sorang nak habiskan memang muntahlah...makanan tak bape pedas
kang pilih yang pedas-pedas kesian dekat NI....so makan jelahh
tapi sukalah sebab dalam ayam tu ada cheese.banyak jugaklah
puas ahh makan...dengan mash potato dia yang sangat melting dalam mulut ni haaa
arghhhhh terbayang bayang lah pulak....sedap!




Siap MII tolong licinkan sehingga ke titisan ke akhir...biasa biasa :P
sebelum pulang sempatlah aku bergambar dekat luar...
kedai ni banyak frame artis lama-lama
kira klasiklah dekorasi dia...tapi aku rasa ada lagi kedai yang lebih klasik
yang ni klasik gak tapi tak cukup klasik, eh boleh tak??? :P


 memang gambar yang sama: saja nak tunjuk kami ber2 pandai posing depan kamera.
lalalalalalalala~~~

Untuk Big Brother, Ummi dan NI nak bagi 3 setengah bintang! :D


Love,
NSA


**MII bagitao nak repeat makan situ.sebab menu dia banyak lagi.rugi tak cuba**