Monday, 29 December 2014

BANJIR.....sungguh hebat kuasa-MU YA ALLAH

Assalamualaikum.....


Berita banjir dimana-mana,.tak dapat tengok tv dengar radio atau baca surat khabar,
dekat FB, twitter, instagram semua share berita yang sama
Banjir yang melanda negara kita Malaysia di beberapa buah negeri
terutama sekali di Kelantan. Dekat tempat yang tak pernah banjir pun air naik melimpah-limpah
Dahsyat, sayu, sedih, sebak, eh semua perasaan adalah...tak tahu macam mana nak ceghita
Bayangkanlah kita kat sini yang takde apa-apa, perasaan tu boleh rasa bercampur aduk
kalau orang-orang kat sana agaknya macam mana....tak sanggup nak bayangkan
Setiap tahun banjir adalah perkara yang biasa yang jadi kat tempat dorang
yessss setiap tahun!tapi kita kat sini itupun masih nak merungut-rungut macam-macam
manusia tetap manusia....acaner???? (mengata diri sendiri lerr ni) :P

Tempat yang tak pernah naik air pun terkena jugak BAH ni
memang banjir kali ini yang paling teruklah, banyak tempat kena tempias
terbaca kat FB nak hantar bekalan makanan pun susah takde jalan yang selamat
tapi Alhamdulillah dengan usaha sama semua pihak di beberapa tempat,
ada yang dah dapat bekalan makanan, pakaian, dan jugak tent untuk keselesaan dorang

Gambar adalah sumber dari Google:

Kelantan: hampir semua daerah kena banjir

stadium










Allahurabbi!ini baru sikit.ada banyak lagi gambar yang di share tapi sedih nak tengok
aku kesian dekat rakyat yang betul-betul tak mampu, rakyat marhaen 
macam mana agaknya dorang hadapi musibah ni setiap tahun???
begitu kuat dan teguh keimanan dorang hadapi ujian Allah yang hebat ni
Tak terbayang kalau kena kat diri sendiri dan keluarga...memang tak sanggup nak mimpi pun
sedihhhhhhh.....setiap tahun musibah ni pasti ada :'(
ada berita yang lebih sedih anak-anak hilang ibu bapa dalam sekelip mata 
sedih sangat baca berita-berita macam ni....
Kepada korang semua yang nak menderma atau beri apa-apa keperluan untuk
mangsa-mangsa banjir bolehlah berbuat demikian secepat yang mungkin 
Pastikan korang pilih saluran yang betul dan boleh dipercayai!

Aku pun takdelah baik sangat, aku ni masih lagi hamba Allah yang hina lagi jahil.
Alhamdulillah dapatlah aku beri setakat yang mampu, 
memang tak banyak pun tapi cukuplah sebagai tanda aku pun terkesan dengan musibah 
yang melanda dorang...sangat-sangat menguji kita manusia yang takde apa-apa ni
BUMI ini hanya pinjaman. Segalanya adalah milik Allah jua
Sesungguhnya ALLAH jua maha besar lagi maha berkuasa~
Love,
NSA


**hidup mesti diteruskan seperti biasa.sentiasa beringat Allah dimana-mana**


Review: JIRAN yang cantik dan sedap!

Assalamualaikum....


Adoiiii kau punya tajuk tak hengattt boleh bikin kontroversi jek :P
ni Jiran Cafe makanan itu bukan jiran sebelah rumah ke belakang ke depan ke haaa
Kauuu sajer pikir tahyulll wakakakaka!kelaka sangattt~ *matakeatastangankatbahu*

Aku baru jer nak cuba makan kat sini, dah lama jugak nak pegi tapi tak terpegi-pegi
Ni akhirnyaa dapat jugak MII bawak isteri dia makan sini
Tapi sebelum tu adalah drama sebabak kejap kat rumah
MII: Okey, sayang nak makan kat mana?nak makan macam mana, nasi ke western ke?
Aku: emm tak kesahlah mana-mana MII: [senyappp] Aku: main game letteww
MII: jom makan ayam penyet nak? Aku: ayam penyet??taknaklah!
MII: haaaa see see itulah orang perempuan, bila kita tanya cakap tak kesah.dah bagi cadangan taknak pulak.itulahh dia .biasalah macam tu (sambil cakap tu tangan angkat-angkat tanda tak puas hati)

Mwahahahahaha yeke orang perempuan macam tu??Aku rasa aku jek hahah!
Ade ke nak makan ayam penyet??haritu dah makan kat Sunway Pyramid.
Dahlah portionnyaa sikit, manakan cukup untuk ibu menyusu macam aku ni.Tak puas okeh!
nak makan yang puas yang kenyang yang berbaloi.tapi kalau mintak cadangan aku.......
krik krik krik @_@ kahkah usah berharap ye.biasa biasa....:P

Jadi ceritanya, marilah kita pegi makan kat JIRAN, dekat wangsa maju jek
Okelah taklah jauh sangat....masa aku pegi tak hujan,nampak macam okay jer cuaca.

 *sumber dari google*

background kitchen yg sangat riuh






tgk budak itu kemainn lagi huhu 

MII

Suasana dan dekorasi cafe okelah aku suka.rasa rileks jer.rasa tenang jer.
Cuma bahagian kitchen kemain lagi riuh chef-chef bercakap-cakap
memasing suara taknak kalah.nak kuat sajer.
Aku pulak duduk betul-betul membelakangkan kitchen, memang boleh dengar jelas
apa dorang sembang kecoh-kecoh kat belakang hewhewhew

Untuk menu pilihan, aku order chicken chop ( macam biasa je kan, asik2 chicken chop)
MII order lamb grill, untuk NI mushroom soup dan garlic bread.
Dan kitorang ada add on pizza, wuhuuuu All in One pizza.dalam tu ada chicken & beef pepperoni
bolehlaa sedap gakla pizza dia...tapi nak lawan pizza hut ke dominos ke memang taklah
sebab dorang kan ada lebih banyak pilihan pizza.kat JIRAN limited jer
tapi masih sedap untuk tekak aku yang kampung ni mihmihmih :P
 
 
 Lamb Grilled

Chicken Chop with black pepper sauce

Mushroom soup with garlic bread

All in one pizza (R)

Makan untuk 2 orang dewasa jer, tapi kemainnn hewhewhew
Kenyang gila!Alhamdulillah.....balik tidur tersenyum riang dapat makan sodap-sodap :D
Ouhhh....tengah sedap-sedap makan tuu hujan tersangatlah lebat ye,
dahlah tak bawak payung walaupun dah tahu dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni
But then, Alhamdulillah staff kat situ sangatlah prihatin dan baik
bagi pinjam payung dan tolong tunggu kat kereta untuk ambik semula payung
Thank you so muchhh for your concern! :D
In sha Allah ada rezeki kami datang lagi utnuk cuba menu lain :D
Okbai!
 
 
Love,
NSA
 
**dalam kesedapan makan-makan kat sini, selalu jugak tersentap tengok 
mangsa-mangsa banjir yang tak cukup makan.Allahuakbar!**


Friday, 26 December 2014

Kenapa mesti ada perbandingan??Allah jadikan kita semua adalah SAMA.

 Assalamualaikum,,,,,,

Actually entri ni aku pernah cerita dan share dalam blog lama aku
but then, tetiba aku rasa aku nak cerita sekali lagi
Antara sebabnya, aku nampak dan terkesan dengan hal macam ni depan mata aku sendiri
aku sendiri alaminya, memang hal ni boleh berlaku kat sesapa kan...

"aku memang bese dgr hotfm pepagi (dululah masa bekerja)
sepanjang perjalanan ke opis aku mmg akan dengar hot fm
dan aku sangat suka segmen "dear farah" (taktahu ada lagi ke tak segmen ni)

untuk harini ade 1 email dari seorang anak perempuan
die nk hantar mak die ke pusat jagaan orang tua atas kerelaan mak die
tapi isunya aku bukan nk cite pasal siapa perempuan tu

aku cuma tertarik dengan 1 cadangan dari 1 caller ni
pesalahnye waktu anak2 bekerja, kite dpt hntr parents ke pusat jagaan orang2 tua
aku sgt menyokong cadangan dari caller tu (errr ni bukan mksd aku xnk jaga Okeh)
dan caller ni siap bagi cadangan untuk menubuhkan lebih banyak pusat jagaan macam ni


macam taska untuk budak2 anak2 tu 
its just kite tak boleh samakan zaman sekarang dengan zaman dulu
anak2 kerja pagi ke petang, kadang2 ade yg smpai tengah malam

bukanlah maksud kite hantar dorang kat sane kite terus abaikan.
nope!aku takkan terus pikir camtu (its nOt fair laa)
cuba kite bukak sikit minda dan pemikiran kite
jangan terlalu negative side boleh??? (huhu)

idea dari caller tadi : kite hantar parents masa waktu bekerja
dan bile kite balik kite ambik dorang, pastu spend time macam biasa
pastu pegi keje hantar, pastu balik keje ambik pastu spend time dgn dorang
same jek cm mase kite kecik2, pegi taska jugak kan2???
lagi2 mase2 sekarang ni banyak pulak kes2 : rompaklah, bunuh2lah, 
main tembak2lah, (ala2 paintball gitu), tetaklah macam2 lagilah
tak seram pulak kOrang dgr kan2~

tapi ade jek caller2 lain dan most of them sangat2la negatif sidenye (xbleyla nk +ve sikittt)
aku tak rase dengan cara macamtu anak2 dikire anak derhaka, abaikan Org tua, 
tak kenang budi, terus-terus je nak menghukum macamtu...ish x adil!

lainlah kalau anak-anak tinggalkan parents dorang terkontang kanting 
sehelai sepinggang dekat tepi jalan atau suka-suka jek campak kat mane2 tempat tah (wht the ???)
Okeh yang itu aku memang anggap : kurang ajar!si tanggang!
tak kenang budi!melampau!(errrr Over kO nyahhh~)

so conclusion : is not fair kite terus menghentam orang lain sedangkan kite sendri 
xtahu 100% cerita luar, dalam, belakang, depan orang tu
hanya sedikit cadangan (sikit jek!) tapi orang dah hentam atau tak boleh
terima pendapat kite, bagi aku memang sangat tak adil!
jadi renung2kan : begitu berhak-kah kite apabila berkata2? "

Itu cerita dulu bila aku dengar dari orang lain, bukan pengalaman sendiri
tapi cerita sekarang adalah sangat berbeza bila aku sendiri tengok dan saksikan
memang betul orang cakap sorang mak mampu jaga seploh anak, 
tapi seploh anak belum tentu boleh jaga sorang mak.memang betul!
Aku ni karang kalau ceghita nama sebenar memang keji jek kang, 
rasa macam tak sampai hati sebab aku pun ade mak dan tak tahu lagi masa depan aku cane
tahh aku ni sok jahat ke durhaka ke.harini yelah nampak elok baik.
esok-esok tak tahu kann kann so aku pun tak sukalah jugak nak mengata orang
walaupunnnn...........

Pada aku tak ada bezanya anak dulu ke anak sekarang ke sebab orang kita ni kan 
suka sangat buat perbandingan macam-macam!!
Anak sekarang tak macam anak dulu-dululah ingat kat mak ayah menolong mak ayah
pandai berdikari banggakan mak ayah, bukan macam anak-anak sekarang
serba serbi ada tak kena semua tak boleh memang tak bolehhhh harap haaa

Tapi bila tengok kepada nasib orang tua sendiri dibuat endah tak endah 
anak-anak dulu yang sangat dibangga2kan itu, aku ni senyum sinis jelaa sebabnya
Ibaratnya dah macam mengata diri sendiri, dah ludah jilat balik eh betul ke ek :P
Orang tua yang dah tak berdaya yang dah beralih alam dia semula kearah bayi baru lahir
bukan mudah ye kita nak jaga, aku tahu aku paham sangat (sebab aku nampak benda tu)
Kalau tak jaga orang mengata, betul memang betul. Tapi bila jaga sibuk pulak dok 
cakap itu ini mengeluh sana sini,berkira.Kau rasa cane.Berjasa ke tidak???Ikhlas ke tidak???
Takkanlah anak dulu2 yang hebat tu nak tunjuk contoh yang macam tu kat 
anak zaman sekarang yang dah sah-sah ada pemikiran yang berbeza.
Orang cakap lagi hebatlah budak-budak sekarang ni.Pandai buat macam-macam.
yang tak boleh dibolehkan.betul tak betul tak????

mulut manusiaaa memanggg.....itulah yang selalu aku dengar ye, perbandingan itu
tak kiralah awak tu dah ada pangkat haji ke hajjah ke, mulut tetappp.....
Kalau dah namanya manusia semua sama jek...hati kita tu sebenarnya terpedaya
dengan cakap-cakap syaitanirrojimm...sebab itu kita Manusia bukan Malaikat
Sebab itu wujud pepatah: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Jangan kita bercakap lebih-lebih, jangan kita terlalu lancang bila berkata-kata,
dalam ceramah agama pun selalu diingatkan selalu ditekankan hal tu. Sebab hal ni 
akan berbalik kepada kita jugak.Jaga lidah kita, jangan termalu dikemudian hari.

Malulah dah tua-tua tunjuk contoh kat anak-anak macam tu.
Esok-esok anak-anak kita buat pulak sebab dia tengok orang tua dia buat boleh.
Siapa ada rasa tanggungjawab siapa nak lebih berkat dia akan rasa sendiri yang 
dia perlu jaga, ambik inisiatif buat sesuatu.
Siapa yang tak peduli biarkanlah dia terus dengan cita-cita dia.sebab dia taknak 
"saham" akhirat dia biarkan dia.jangan kita mengeluh jerrrrr
Sepatutnya hal macam ni kena duduk berbincang, cari satu masa yang sesuai berkumpul
buat satu sesi luahan perasaan ke, beri apa-apa cadangan yang boleh membantu
bukannya masing-masing nak tunjuk pandai tuduh sana-sini, sindir2 dalam laman sosial
Memang masalah takkan selesai....yesss ego memasing tinggi setinggi KLCC sangattt kan
Kalau macam tu sampai meninggal pun tak selesai ye, kimsalam jelah macamtu.

Aku yang malu tengok orang tua bergaduh.tapi apa boleh buat nasihat anak sekarang 
boleh diterima pakai ke oleh anak-anak dulu yang hebat belaka tu???
Terus tersenyum sinis yang ke banyak kali dahhh~


Cucu yang didalam dilema,
NSA

 **cakap memang senang, nak melaksanakan hmmm umpama mimpi dalam mimpi**

Thursday, 25 December 2014

Cari storage box dimalam hari pon boleh

Assalamualaikum....

Macam kan takde masa siang kannn padahal storage box jek pon
Saja nak keluar malam sengaja nak biar anak tidur dalam kereta ber aircond
tapi haghammm dia nak tido, eh tidur tapi kejap jelahhh

the storage box!huhu

Ni haa bendanya, konon-konon nak kemas hadiah kahwin semua masuk dalam ni
dah lama dalam kotak hadiah tak pernah keluarkan, keji kannn!
pemalasss sangat adehhhh...so decide kena jugak buat tak kira walau apa
harap muatlah sebab takdelah banyak manapun tapi bila dikumpul-kumpul
boleh tahan jugakla nak selongkar susun elok-elok hmmm macam tak muat jek gayanya
tapi takpelah mana yang tak muat pikir nanti setel apa yang muat ye dakkk?? :)







Tesco kan kalau hari jumaat, sabtu dan ahad bukak sampai pukul 1 pagi
itu yang gigih nak jugak cari memalam tu, pukul 11malam aku pegi ni padahal siang boleh jer 
kan dah ceghita kat atas memang sengaja nak merayau memalam
sengaja nak susahkan MII kahkah! :P
bukan pe sejuk sikit, kang kalau siang panehh kemahennn hewhewhew~
eh tapi sekarang tak, sekarang musim hujan....sejuk hoiii siap kadang-kadang
tidur pakai stokin pakai sweater tak menahan tuuu.Feeling-feeling cuaca winter sangattt

Bila taip entri subuh-subuh pagi-pagi buta cengginilah
apa melalut pun tak tahu...tapi panjang dah taip ni
nak delete sayang laa derr...penat kott melalut, blog pun sendu lama tak update
haaa kann bertambah melalut...dari cerita storage box pegi ke cerita lain hewhew~

Harap boleh setel kemas minggu ni, sebab tinggal minggu ni jer pun
Minggu lain dah tak rajin dahh...eh boleh ek awal-awal dah tahu tak rajin?? :P
Mana yang tak muat simpan rumah mak aku ni, nak tumpang simpan rumah MIL.
yelaaa hidup menumpang macam nilahh...selagi tak berdikari selagi takde rumah sendiri
Simpan sana sikit sini sikit, Silap haribulan ada jugak barang penting yang hilang mihmihmih
hmmmmm.....serba-serbi sendu aku nii
Kalau aku kaya~ Oklah bai!



Love,
NSA

Wednesday, 24 December 2014

Meraikan pengantin lama.....dimalam hari pulakkk

Assalamualaikum....

Haaaa ingat dah habis celebrate anniversary ni????
no no no...siap ada part yang kedua ngko.kalah zaman berchenta dulu
dah kata dah kawen kannn, kau nak balik pukul berapa ke kau taknak balik ke
kau nak jalan pimpin tangan ke berpeluk anak beranak ke.lantak dek kaulah
tak hingin orang lain nak nengok nak heran derrr wuhuuuuuuu~
tiada siapa kesahhhh.....asal pandai jaga diri pegi tempat yang selamat takde bahaya

Sambung dari part 1 itu, malamnyaa MII tanya "malam ni taknak pegi mana-mana?
taknak keluar ke makan-makan ke??" ecehhhh dia saja jerr test aku
Aku ni ikut mulut jer taknak, dalam hati meronta-ronta bagaikan hang tuah
puiitttt punchline takde kene mengena kan....biasaa biasaa :P
Then aku rasa malam tu macam ndak test kehebatan aku dimedan boling
biasa tengok MII main saje, siap kondem-kondem gelak-gelak lagi tak tahan tuu
kali ni naklah jugak test power aku ni boleh pakai ke out terusssss kahkah!

So around pukul 10 mlm kitorang keluar.ajak sekali adik bongsu aku, Hakim.
Sampai kat Wangsa Walk Mall orang ramai tapi okelah takdelah sampai kena tunggu turn
Ahad malam boleh dapat murah sikit, dua game RM10, okelah kan.
Start game dengan MII dulu then Hakim, aku last
Biasalah kalau champion mesti ambik giliran last sekali, kahkahkah!

Mari saksikanlahhhhhhh saksikannn olehmu wahai semuaaaaa (gaya dangdut iwan okay)


Part 1

Haaa nampak macam gaya nak cemerlang jek kann kann....
Belum tengok lagi part seterusnyaa haha!memang champion kata kauu....

Part 2

Kelaut kelongkang hoiii hoii hoiii~acane...lama gila kottt tak main boling
tapi rasa macam terer jek bila main game boling tuh eh eh eh kahkah!
In your dreams bebeh in your dreams :P
Adehhhh adik aku si Hakim tu lagi tinggi markah dia.siap baling bola 2 tangan lagi hokeh
mwahahahahah....bebudak biasalahhhh~
Asal aku baling jer tangan tak lurusla tak cukup hayunlah
Master dah puas cakap banyak kali, aku balun gak ikut gaya aku mwahahah!

Setel main boling pukul 11:40pm lebih kurang pastu MII ajak makan
Nak habis-habis celebrate anniversary punya pasal kannn
Kitorang pegi makan dekat HR Steak House kat Kg Baru tu yang ramai orang tu 
Order makan, makanan dah sejukkk tak bestttt. yelaa sebab benda dia dah masak awal-awal
tapi makan jelahh kan dah tadi pon banyak buang tenaga membaling bola yang berat
huhuhuhu.....tapi takde pulak gambar dalam hp aku ni.eh dah delete kottt :P
Lepastu NI pun tak behave, dok melasak sana sini memang tak dapeklaa nak bergambar sangat
Sampai rumah dah pukul 1 lebih,apa lagi dapat katil memang heaven ahhh~


Love,
NSA


PRE-LOVED ITEM: WEDDING SHOE







**Pakai masa malam nikah saja
**Sebab letgo: kasut glames ni tak tahu nak pakai pegi mana.kita surirumah je -.-"
**Condition: 9/10 (tapak pun tak kotor dek non!)
**3 inci/Gold/saiz 7
**Pos seluruh Malaysia
**COD boleh: area Keramat AU 1&2 dan Setiawangsa
**RM50.00 boleh nego sikit2 + FREE postage
**Wassap/Telegram/Call laju laju: 014-2660810
**Malu nak call???Boleh email: ninnahshafawati@gmail.com

PRE-LOVED ITEM: PIGEON MANUAL BREASTPUMP

 



**pakai masa dalam pantang sahaja
**condition 7/10
**spareparts belum pernah pakai
**bagi FREE reusable icepack
**pos seluruh Malaysia
**COD boleh: area Keramat AU1&2/Setiawangsa
**RM100.00 boleh nego sikit2 + FREE postage
**Wassap/Telegram/Call: 014-2660810
**Malu nak call???Boleh email: ninnahshafawati@gmail.com