Monday 12 January 2015

Empayar Kukubesi...T-shirt....Ikea.....Meatball

Assalamualaikum....(cerita tahun lepas,bahahaha :P)

Pegi Empayar Kukubesi...haaa kenal tak??tahu tak???
well2 masa mula-mula opening store dia orang punya beratur panjanggggg
semata nak grab tshirt Kukubesi ni...punyalahhh :D
MII siap cakap macam orang berebut tudung Fareeda hewhewhew
ada jugak ekk camtu, aku ingat dalam akal fikiran aku yang cetek ni
takde berlaku benda macam ni...yelaaa ngko tudung jek pon tshirt jek ponnnn huhuh
tapiiiii............dahsyat orang kita ni ekk :P

Itu cerita masa mula-mula kedai dia bukak. Bila dah banyak cawangan ni orang kita
pon dah pandai sikit...pegi cari cawangan yang terdekat dan tak perlulah beratur pepanjang :P
1st time aku pegi MII bawak kat HQ Setia Alam tapi takde pulak bergambar -.-"
then lepas tu dia bawak pegi cawangan kat Cheras, dekat sangatlah dengan DownTown Cheras
yang ini memang ada bergambar....memang staff kat situ nak ambik sebab nak post kat ig


*sumber ig ekb cheras*

Masuklah pulekk gambar dalam ig dorang mihmihmih....
dapatlah aku sehelai tshirt kukubesi ni, aku sebenarnya takdelah suka sangat
sebab tshirt dia kebanyakannya bercorak tengkorak, ganassss sangat
aku ni kan berjiwa lemah lembut, macam tak sesuai jek nak pakai.macam malu jek.
bahahahhahaha penipuan sangattttt :P
tapi sebab MII sudi nak belanja, grab jela satu.apesalahnya cuba kan?



 *sumber hp MII*

Lepas setel shopping kat situ, MII tanya nak pegi mana-mana tak
Ouhhh aku ingat memang nak pegi beli tshirt jek sebab tak expect langsung
nak berjalan sana sini...dengan NI baju sememeh je mihmihmih :P
aku memang tak terdaya nak fikir...well biasa pun buat macam tu bahahah!
I tak kuasa nak berat-berat kepala fikir nak kemana pegi mana mana yang best
Ouhhh tidakkkkk...keji sangat! :P
so terus jela MII bawak pegi Ikea, jom kita makan meatball :D
baiklah sila paham hari itu adalah hari cuti, marilahh kita sama-sama beratur panjang
dan berebut meja kihkihkihkih~ Ikea kalau hari minggu tak pernah tak ramai
dorang ni memang every weekend ke asik nak makan meatball jek kerja???
I am soooo wondering...whylaa ramai orang?whylaaa tak pernah tak ramai??hewhew~
Sekali dah beratur panjang amekk kauu...order banyak terussss padahal....
untuk 2 orang dewasa + sorang budak kahkahkah!rasakannnn sapa suruh ramai sangat :P

 meatball 20biji 2set + rib eye set satu + cheese cake 1...ok tak??teheee :P

dapat pulak duduk dekat meja yang bulatan tuh, tengah tu budak-budak boleh main dalam tu
letak NI kat situ bagi dia meatball eloklah dia takde nak hyper sangat
sebab jenis dia ni kalau tak kenal dia macam whoaaa...pelik sangat2 tengok orang
tengok atas bawah kiri kanan jelingan tajammmm dia bagi haaa 
so statik jelaa dia situ kat satu tempat.kalau gerak pun selangkah dua pusing-pusing je haha!




Masa tu ada sorang budak cina ni (dalam gambar baju pink) suka sangat dekat dengan NI
siap pegang pipi, cium, ambik tangan cium alahaiiiiii budak-budak kann
tu rambut NI terjuntai camtu budak tulahh yang bukak ikat rambut dia huhu
aku yang tengok ni tiba-tiba hati tisu sangat...pandai jek nak berinteraksi
walauponnn tak kenal tapi pandai behave dengan kawan lain..bagus!
tapi tetiba masuk 3 orang beradik ni, adik yang kecik lelaki habis dibulinya NI
aishhhh biasa sangat tuuu...alahh apa sangat anak aku buat pun
bergerak sikit terkena tangan dia jer...terus dia tolak-tolak perut NI
dia pukul-pukul muka NI....amboiiiii dia tuuu hyper sangat tuuu :(
lasttt sekali masa nak balik, paling rare sekali dia pegi tolak muka NI sampai jatuhhh
apelagi melalaklahh pulak anak aku...dahlahh memang jenis hati tisu kalau kat luar
walaupunnn...kat rumah dialahh heroin menjerit bergelak ketawa sampai sedu-sedu :P
terus MII marahkan budak tuu...bdak biasalah kita cakap dia sengih-sengih huhu
Cepat-cepat mak dia datang kat anak dia...tapi takdelah marah-marah
tegur jekk lembut pulak tuuu...bertambah hanginnn MII kahkahkah!

Dialog sang suami/ayah:
MII: nasiblah mak dia datang cepat, kalau tak memang hubby tunjal kepala dia dulu.
        suka-suka jek nak tolak muka macam tu.ingat tak sakit ke????
NI: hesh hubby ni, ada pulak nak tunjal.*sambil gelak-gelak*

Adehhh urut dada aku dengar...sama jeklaa perangai macam budak tu.huhuhu.
karang tak pasal-pasal bergaduh mak bapak kat situ.kikikiki.
Budak-budak dorang memang tak paham apa-apa.kita cakap lagi dia buat.sabar ajelahhhh
Pengalaman jadi ibu bapa ni sangat-sangat berharga...sangat-sangat mencabar
kalau "saiya tak kuaddd" memang matiklah budak-budak hewhewhew :P


Love,
NSA


**esoknya tengok kat ig EKB ada buat promosi beli 2 dapat free 1.
lepastu terus nangis sambil tekup muka kat bantal.okay yang ini tipu :P**

No comments:

Post a Comment