Friday 2 January 2015

Kerana Kad Pink....sampai ke Publika perginya

Assalamualaikum....

Alhamdulillah selesai jugak.
Sepatutnya lepas daftar surat beranak dah boleh terus buat.tapi kebetulan tahun lepas
JPN tutup sementara sistem mykid ni.
Nak kasi upgrade kekdahnya...itulah jadi plan kitorang pun asiklah delay

Kan haritu aku ada pegi mini UTC Keramat Mall, plan nak buat kat situ jek.
dekat sikit.jimat masa...
Alih-alih dorang cakap buat kat sini 3bulan baru siap...perghhh -.-
Okay baiklah tidak mengapa terima kasih sajalah!ecehhh eksen sangat nii: P
Gigihlah aku pegi mencari JPN kat jalan duta. Suruh adik perempuan aku ikut..
ikut DUKE memang dekat,tapi aku punya berpusing sejam baru sampai --.-- adehhhh
mula-mula exit jalan duta betul dah, siap nampak dah bangunan kerajaan banyakk
well...bangunan kerajaan kita memang boleh kenal sangat kan teheeee
sekali pegi masuk LHDN daaaa...rupanya bukan yang bangunan tepi jalan yang tu
patut nampak ramai jer orang bawak sampul surat "Urusan Seri Paduka Baginda"

Pastu tanya pakcik guard dekat situ, rupanya depan lagi
adehhh dahlah hari hujan...kebetulan pulak haritu hujan sepanjang hari
Kitorang keluar dari LHDN tadi, try n error saje, ambik kanan lepas tu teruss jek
eh eh tetiba jumpa Publika sudahhh, aku pun laju jek masuk
kekekekeke....ku pikirkan dekat situ tadi nampak bangunan tu jek besar :P
ahhh lantakkan pusing dulu situ dekat parking Publika pastu dari atas...
adalah ternampak 1 bangunan ni, macam bentuk masjid tapi banyak giler kereta
hmmm masa tuu biasalah tengah gelabah pastu macam buat-buat tak nampak -.-
Then Alhamdulilah ada balai polis dalam Publika benti jap tanya ahh
susah-susah sangat...malu bertanya kan sesat jalan :P
Abam polis tu pun bagi direction dari traffic lite nak masuk Publika tadi ambik kiri pastu
terusss jek jumpa simpang empat ambik kanan sampai daaaa
Yess memang bangunan yang aku nampak dari tempat parkingg Publika tadi
yang bentuk macam masjid pastu banyak gila kereta tu adehhh sudah ku agak -.-

Sampai sana adoiii punya ramai orang, pelbagai orang ye
dalam hati matiklah ni nak kena tunggu turn berapa ramai pulak ni
dahla dah tengahari kang time lunch kena tunggu lagi adoiii berkali-kali :P
masuk2 jek nampak bahagian pendaftaran perkahwinan dan keluarga dan penceraian
Ouhhh kebetulan ada beberapa pasangan daftar haritu siap pakai baju kahwin cantik-cantik
Rupanya tak payah nak gelabah sangatlah masuk kat bahagian mykid....
cehhhh....adalah dua tiga ketul mak bapak, eceeehh kau eksen sangat ni :P
Fuhhh Alhamdulillah tak ramai, kalau tak matilah makk nakk kena tunggu berejam
Pas dah buat tu kejapan sangat hoiii aku baru nak lepas lelah duduk, rupanya 5minit jek


Eke eleh beriya jek aku gelabah tadi kann...but still kau kena tunggu sejam siaplah
masa tuu aku tengok jam dah 1140pm ni karang mesti 1240pm siap....
ingat kena tunggu lepas lunch baru boleh ambik rupanya kat situ tak tutup time lunch
yelaa kau tengok bapak ramai orang kalau tutup lunch aku tak tahulah mana nak melepet


Sementara tunggu mykid siap kitorang pegi minum-minum dulu dekat kafetaria situ
ramai jugak orang tu tapi masih ada lagi tempat nak duduk kira okaylah....

kuey teow goreng cili api

Ingat nak makanlaa sebab aku tak bekpes pun lagi...order kuey teow goreng dan maggi goreng
tapi ya ampunnnn...pedasss nak mamsss...adehhhh baru ingat nak suap NI makan
mula-mula bagi jugaklah ingat pedas sebab panas sangat ke tapi tak ia memang pedasss



Kitorang makan tak habis pun, siap bawak balik bungkus...pedas okeh!
tak mampu hilang selera aku nak makan...sudahnya makan roti saja
dah pukul 1230pm kitorang terus gerak bahagian mykid tadi...still tak ramai pon
sangat rilekslah aku tengok kalau dapat kerja situ hewhewhew~

excitedlah tu nak ada mykid :D


Yahooo! pulang dengan gembiranya kerana dapat menyelesaikan register mykid sikecik ni
kalau tak sampai kesudah asiklah tangguh-tangguh....
lepas ni nak berjalan senang sikit, tak payah nak bawak surat beranak gedabak besar tu
adehhh betul-betul saiz kertas A4 dorang print...itu kalau hilang selit mana-mana gak tak tahulah
Okbai!


Love,
NSA


**sebab nak pegi holiday-lah baru buat, kalau tidak...teheeee larikkkk**

No comments:

Post a Comment